Bukan saja pengundi Pilihanraya Kecil Dun Merlimau, Melaka yang menagih janji Barisan Nasional, malah monyet-monyet dan beruk-beruk juga menagih janji Barisan Nasional yang kononnya akan membina sebuah taman monyet untuk monyet-monyet yang berkeliaran dikawasan berhampiran.
Setelah lebih lapan bulan PRK Merlimau berlalu, tiada satu tiang pun dipacak bagi menandakan taman monyet tersebut akan dibina. Tinjauan yang dilakukan mendapati kawasan tersebut masih berlumpur dan berselut.
Monyet yang berkeliaran dikawasan Jeti Kuala Merlimau tersebut dianggarkan berjumlah sebanyak 200 ekor, dan ditambah pula dengan kehadiran babi yang merayau dikawasan sekitar.
Penduduk setempat Osman bin Ahmad, 73, ditemui menyatakan tidak nampak tanda-tanda taman monyet akan dibina. “Taman monyet tak nampak pun, atas pokok banyak la monyet, bawah pokok (pula) babi.”
Menurut Yusuf Wahab, “taman yang dicakap oleh Timbalan Perdana Menteri belum wujud lagi, hanya janji politik pilihanraya. Ramai pelancong yang masuk untuk melihat taman monyet tetapi pulang dengan hampa, janji BN setiap kali PRK dan PRU sebahagian besarnya adalah pembohong”.
Papan tanda projek menunjukkan tiada cadangan untuk membina taman monyet tersebut. Dan anehnya papan tanda tersebut ialah ianya tertulis “Projek Barisan Nasional”, dan bukannya “Projek Kerajaan Barisan Nasional” seperti sebelum-sebelum ini. Yang peliknya pula pemiliknya adalah Kerajaan Negeri Melaka, bukannya Barisan Nasional.
Satu lagi janji yang dibuat semasa PRK Merlimau, Melaka ialah pembinaan sekolah jenis kebangsaan tamil.
Sekolah yang ada sekarang adalah menumpang dikawasan sekolah menengah Tun Abdul Rahman Yaakob berpuluh tahun yang lalu. Menurut Yusuf Wahab “Sudah dua kali PRU dijanjikan sekolah baru dikawasan yang berdekatan tetapi hampa, dalam PRK Merlimau dijanjikan sekali lagi, tak tahulah bila ianya akan jadi kenyataan, masyarakat India di Dun Merlimau menaruh harapan yang besar agar sekolah ini dapat dibina.”
habislah lu bro...ada blogger sudah cabar lu...ada berani ke??? jangan kerja menipu je...kita tengok sape yang kena...
kalau tak kenapa blogger tu cakap lu orang paling kuat bohong di melaka...
siakap senohong gelama ikan duri
lu pegang rekod cakap bohong
blogger tu cakap lepas asar (hari ni) tunggulah nanti...