Bilakah agaknya seseorang boleh dikatakan mencapai umur 'matang' untuk menjadi warganegara Malaysia sekiranya beliau masuk ke Malaysia kira-kira hampir 20 tahun? Adakah selama tempoh tersebut, tidak cukup lagikah untuk beliau memohon kewarganegaraan Malaysia? Kes-kes yang sebelum ini pun ada yang mendapat kad pengenalan biru hanya sekitar 4 jam sahaja dan layak jadi warganegara Malaysia.
Semalam saya sempat bertemu dengan seorang pemegang kad pengenalan tetap (PR) yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 42 telah menetap di Malaysia hampir 23 tahun. Beliau sebelum ini telah memohon untuk menjadi kerakyatan Malaysia pada tahun 2006 namun telah ditolak oleh pihak Putrajaya dan mencuba untuk kali kedua pada tahun 2010 namun tetap tidak berjaya.
Beliau memohon dari pihak imigresen untuk mendapatkan kerakyatan dan telah lulus lisan serta bertulis yang panjangnya 150 perkataan pada ujian pertama namun sampai k Putrajaya pemohonannya itu ditolak. Pada ujian kali kedua pada 2010 pula, beliau juga lulus diperingkat imigresen namun saringan terakhir di Putrajaya yang membuatnya akur untuk terus pegng status PR.
Sepatutnya pemohon telah bermastautin dalam Persekutuan selama tempoh kesemuanya tidak kurang daripada 10 tahun dalam 12 tahun termasuk 12 bulan terdahulu daripada dan hingga tarikh permohonan dikemukakan layak untuk memohon namun apakah ia dikatakan belum kondusif atau juga sebab-sebab lain seperti individu tersebut tidak menyokong parti pemerintah?
Dalam media sebelum ini pun kita ada dengar bahawa kerakyatan diberikan secara pantas dan ada yang mengambil masa hanya kurang empat jam dari penduduk tetap kepada warganegara dengan syarat mesti mengundi parti pemerinta. Jika syarat itu yang menjadi ukuran maka negara kita dalam keadaan tenat dan maruah negara ditangan orang asing akibat tidak mengikut undang-undang seperti yang terkandung dalam perkara 19 (1) dan 19 (2) dibawah.
PERMOHONAN KEWARGANEGARAAN PERKARA 19(1) DAN 19(2) - BERUMUR 21 TAHUN ATAU LEBIH
Untuk mendapatkan satu perakuan sijil sebagai warganegara Malaysia secara Masukan.
SYARAT PERMOHONAN
- Pemohon hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara semasa mengemukakan pemohonan.
- Pemohon hendaklah berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonan dikemukakan.
- Pemohon telah bermastautin dalam Persekutuan selama tempoh kesemuanya tidak kurang daripada 10 tahun dalam 12 tahun termasuk 12 bulan terdahulu daripada dan hingga tarikh permohonan dikemukakan.
- Pemohon berniat untuk bermastautin dalam Persekutuan selama-lamanya.
- Pemohon berkelakuan baik.
- Pemohon mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang memadai.
- Pemohon hendaklah ditaja oleh dua orang penyokong bertaraf warganegara.
- Mengisi Borang C dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen sokongan.
Pemohon dikehendaki hadir ke Kaunter JPNM Ibu Pejabat Putrajaya atau Ibu Pejabat JPN Setiap Negeri dan membawa bersama dokumen-dokumen asal berserta salinan fotostat seperti berikut:-
- Kad Pengenalan pemohon.
- Permit Masuk pemohon
- Pasport /dokumen perjalanan pemohon.
- Sijil Kelahiran/anakangkat pemohon (jika ada).
- Kad Pengenalan/sijil kelahiran/sijil warganegara penyokong.
- 3 keping gambar warna pemohon berukuran 32 mm x 38mm
- Kad Pengenalan suami/isteri, jika ada.
- Kad Pengenalan/sijil kelahiran anak-anak pemohon.
- Kad Pengenalan ibu/bapa dan adik beradik pemohon, jika ada.