Ayer Keroh-Kira-kira 100 pemandu lori telah mogok dengan memberhentikan lori di sepanjang jalan menuju ke Seri Negeri, tempat di mana terletaknya Ketua Menteri dan pentadbiran kerajaan Negeri Melaka.
Tindakan mereka itu adalah dikatakan ekoran perasaan tidak berpuashati terhadap Suruhanjaya Perhidmatan Awam Darat (SPAD) yang telah sewenang-wenangnya telah menahan mereka kerana dikatakan muatan yang dibawa tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
Mogok tersebut berlangsung hampir selama lima jam bermula jam 8 pagi hingga lebih kurang 1 tengahari.
Menurut sumber, seorang pemandu pemandu memberitahu beliau telah membawa muatan mengikut spesifikasi dan had muatan yang telah ditetapkan, tetapi masih juga ditahan dan disaman.
Berkaitan dengan mogok tersebut, satu lorong jalan telah dirintang oleh kira-kira 50 buah lori sepanjang jalan menuju ke Seri Negei yang telah meyebabkan kesesakan lalu lintas.
Kelihatan pihak Polis mengawal keadaan disitu dengan bersenjatakan dengan senjata yang menyerupai sub-machine gun.
Disebalik kemegahan rumah-rumah taman yang tersusun rapi di Taman Bukit Katil Jaya ini, terdapat beberapa biji rumah di belakang taman ini. Tiada siapa yang tahu akan masalah penduduk di belakang taman ini berhadapan dengan masalah longkang yang tidak ditutup dengan sempurna.
Keadaan longkang yang tidak tertutup telah memaksa penduduk membuat sendiri penutup longkang dengan menggunakan kayu-kayu terpakai dan sebagainya.
Penduduk bimbang akan keselamatan anak-anak kecil mereka takut-takut nanti terjerumus kedalam longkang.
Siapakah yang bertanggungjawab untuk membina penutup longkang di sini dengan lebih tersusun dan menggunakan penutup besi. Siapakah yang mengabaikan tanggungjawab ini, samaada PBT atau pihak pemaju. Untuk rekod, PBT di sini adalah Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.
ADUN Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong membangkitkan isu kerajaan BN telah merampas tanah penduduk yang terletak di Jalan M7 Taman Merdeka, Ayer Keroh.
Pihak Kerajaan Negeri Melaka telah menjual tanah kepada syarikat swasta milik penduduk. Tanah tersebut menunjukkan kawasan lapang telah diserahkan kepada pemaju iaitu majlis perbandaran.
Insiden membaling telur dan batu dalam acara melibatkan Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga di Melaka Sabtu lalu melibatkan PERKASA dan Umno walau dinafikan oleh Ibrahim Ali seperti kenyatan dalam Malaysiakini.
Namun kejadian yang berlaku bukan kerana orang yang membeli baju PERKASA sebaliknya sememangnya PERKASA dan UMNO terlibat dalam keganasan membaling batu dan telur ke arah dua ADUN DAP sehinggakan pecah cermin kenderaan dan mnegalami kerosakan.
Video ini juga diperolehi dari seorang blogger yang merakamnya kerana pihak pembangkang tidak dibenarkan merakamnya dan telah diugut akan merampas kamera sekiranya merakam kejadian ini. Kejadian tersebut betul-betul seperti keadaan di negara yang bergolak.
Dengan adanya video ini, diharapkan pihak berkuasa menjalankan tugas dengan adil dan tidak melindungi samseng-samseng yang mengganggu ketenteraman awam sehingga merosakkan harta benda awam serta menimbulkan kekecohan yang tidak diigini.
Krubong - Beberapa orang penduduk telah merungut tentang pembakaran sampah di tapak pelupusan sampah yang terletak di Krubong, Durian Tunggal. Keadaan ini telah berlaku beberapa hari yang lalu dan boleh menjejaskan keadaan penduduk yang tinggal berdekatan dengan tapak pelupusan sampah itu.
Tapak pelupusan sampah yang terletak di Krubong sepatutnya telah berhenti beroperasi pada tahun 2008 lagi dan ini telah berlanjutan setelah 4 tahun dari tarikh asal ia beroperasi. Memandangkan tiada tapak pelupusan sampah yang baru untuk menggantikannya, operasinya masih diteruskan sehingga ke hari ini walaupun telah mencapai tahap kapasitinya.
Kerajaan Persekutuan di bawah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara telah meluluskan pembinaan sel tambahan di Tapak Pelupusan Krubong seluas 12 hektar yang menelan kos berjumlah RM42.87juta. Jangka hayat sel tambahan ini tidak lebih daripada 18 bulan sementara menunggu tapak pelupusan Sungai Udang disiapkan.
Lokasi tapak pelupusan sampah yang baru akan dibina adalah di Sungai Udang, Melaka iaitu 25km dari pusat Bandar Melaka dan sejauh 15km dari tapak pelupusan sampah sedia ada di Krubong, Melaka. Tapak tersebut bersebelahan dengan Logi Pengolahan Enap Cemar Berpusat sungai Udang milik Jabatan Perkhidmatan Pembentungan dan keluasannya ialah 64 hektar.
Tapak pelupusan tersebut dijangka beroperasi pada awal tahun 2013 dan anggaran kos telah bertambah sehingga RM30juta atau RM40juta. Namun sehingga ke hari ini belum ada sebarang berita mengenai tapak pelupusan sampah yang baru itu.
Ketika dilokasi berkenaan, ADUN Ayer Keroh turut mempertikaikan pihak Kerajaan Melaka dalam menangani masalah sampah di Krubong ini. Beliau berkata, kerajaan sibuk membanteras peserta BERSIH 3.0 namun untuk membersihkan tapak pelupusan sampah ternyata gagal sekali. Kepentingan rakyat diabaikan dari segala-galanya.
Sementara itu, Ketua Penerangan Bukit Katil, Yusof Wahab menyelar tindakan kerajaan dalam menangani masalah sampah ini. Mana perginya slogan Bandar Teknologi Hijau ataupun "Go Green"? Rakyat telah diracuni dengan asap pembakaran sampah yang boleh menjejaskan kesihatan penduduk setempat.
Seperti yang didedahkan oleh Penyelia II Dun Bukit Baru di dalam blognya berkenaan tiang bendera haram milik UMNO di Bukit Beruang menunjukkan belang sebenar mereka kenapa tiang bendera itu dibina. Tiang bendera tersebut dibina secara haram tanpa kebenaran pihak berkuasa semata-mata untuk memacak Bendera UMNO dan Barisan Nasional.
Tiang bendera haram milik UMNO tersebut telah dibina secara haram pada harta awam menunjukkan UMNO langsung tidak faham mengenai harta parti mereka dan harta awam.
Hari ini tiang-tiang tersebut digantung dengan bendera Barisan Nasional dan bukan lagi bendera Malaysia.
Apa kuasa UMNO untuk melekatkan tiang bendera mereka disitu? Di manakah JKR Negeri Melaka? Sudah lama tiang bendera haram berada disitu. Apakah mereka masih tidak dapat mencari lokasi tiang bendera tersebut.
Apakah pihak Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya tidak nampak kewujudan bendera Barisan Nasional tersebut. Ini bukannya musim pilihanraya. Sudahlah tiangnya haram.
Walaupun Markaz dan Pasti Bukit Katil telah diambil, diroboh dan dibersihkan oleh Kerajaan Negeri Melaka untuk membuat jalan, namun rumah penyokong tegar UMNO masih teguh berdiri walaupun rumah tersebut merupakan laluan kepada jalan yang bakal dibina nanti.
Rumah tersebut selalu dijadikan tapak ceramah UMNO/BN bagi menganggu ceramah PAS/Pakatan Rakyat yang diadakan sebelum markaz PAS tersebut dirobohkan.
Hari ini walaupun jalan telah diturap dengan batu-batu tetapi rumah tersebut masih lagi berdiri sedangkan Markaz PAS dan Pasti telah dirobohkan.
Apakah keistimewaan yang ada pada rumah tersebut sehingga boleh menangguhkan kerja-kerja merobohkan rumah tersebut untuk membina jalan, sedangkan Pasti telah dirobohkan. Rumah tersebut sepatutnya telah drobohkan kerana termasuk dalam plan jalan.
Inilah sifat dengki dan khianat pihak musuh yang tidak boleh melihat sebarang poster, risalah dan banner berkaitan dengan Pakatan Rakyat. Diajak berdebat takut maka cara orang hilang akal inilah yang digunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kalau bukan politik kotor maka keadaan sedemikian tidak akan berlaku.
Dipetik daripada blog PAS Melaka bagaimana banner Penyelia DUN Bukit Baru telah disembur dengan cat kuning yang bermaksud BERSIH. Mengapa kerana benci pada BERSIH 3.0 yang lalu maka kain rentang atau banner yang tidak bersangkutan menjadi mangsa. Politik apakah ini?
Bacul dan pengecut itulah ungkapan yang sesuai kepada golongan yang tidak bertanggungjawab merosakkan harta benda orang lain tanpa memikirnya dengan keadaan waras. Golongan yang biasa terlibat ini dinamakan vandalisma yang tidak boleh melihat keadaan itu dalam keadaan baik atau sempurna serta keinginan untuk merosakkan hak orang lain ini satu tindakan tidak bertanggungjawab.
Vandalisma ini bukan sahaja berlaku dalam arena politik semasa namun vandalisma juga berlaku seperti merosakan harta benda wama tanpa sebab kecuali untuk memuaskan nafsu semata-mata atau kerana ingin tunjuk kekuatan kepada orang sekeliling bahawa mereka boleh lakukan apa sahaja tanpa memikirkan perasaan orang lain.
Vandalisma politik pula merujuk sesebuah parti tidak senang melihat lawannya gah dengan adanya bahan kempen atau publisiti. Bagi merosakkan imej sesuatu parti itu, maka unsur-unsur jahat dan vandalisma inilah yang menyebabkan berlaku seperti dalam gambar di atas. Politik di Malaysia boleh disifatkan politik "Engkau sahaja yang boleh siar, orang lain tidak boleh".
Apa gunanya berpolitik jika tidak mahu ada pihak lawan yang dinamakan status quo? Politik yang bijak adalah melontarkan idea yang bernas supaya rakyat menilai dan bukannya politik vandalisma ala-ala budak sekolah menengah. Tidak senang dengan kemasyuran seseorang makan rosaklah kemasyuran itu ditangan yang jahil.
Apakah ini salah mereka yang melakukan vandalisma atau salah pemipin yang gagal mencorakkan nilai-nilai beretika dan beradab dalam kehidupan seharian? Untuk apa kita berpolitik sekiranya ada perosak yang sering merosakkan harta benda. Ibarat sawah padi yang rosak padinya kerana seekor tikus.
Projek naik taraf dan penyelenggaraan Masjid Al-Abrar, Semabok ini sepatutnya telah siap pada 09/02/2012 jika dilihat pada papan tanda yang tertera.
Namun sehingga hari ini 16/05/2012, projek tersebut masih belum siap walaupun telah melebihi dari tarikh projek yang tertera pada papan tanda.
Tertera "Projek Kerajaan Barisan Nasional" lebih menonjol berbanding Jata Negara dan logo JKR.
Walaupun kerajaan melaui agensinya LHDN memungut cukai daripada setiap rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik, Barisan Nasional tidak malu-malu meletakkan logo parti mereka disitu.
Berkenaan projek yang tidak siap mengikut jadual ini, pastinya ia akan menyusahkan orang ramai bagi menggunakan kemudahan tersebut.
Papan tanda yang tidak "dinodai" oleh Barisan Nasional
Lambakan begitu banyak motor rampasan dari pihak polis di Balai Polis membuatkan tempat untuk menempatkan motor telah penuh dan kebanyakkan motor sudah usang kerana dibiarkan dalam keadaan hujan dan panas.
Rupa fizikal keadaan motor masih elok namun bahagian-bahagian dalamannya motor berkemungkinan tidak dapat digunakan lagi. Mengapa motor disimpan begitu lama tanpa ada satu proses menuntut semula atau lelongan kepada siapa yang mahu memilikinya?
Bukan itu sahaja, keadaan tempat simpanan motor rampasan juga telah dinaiki semak-samun. Ia seakan-akan tidak diurus dengan baik dan tidak melambangkan sikap pihak polis yang mesra dan cekap dalam menangani pengurusan.
Kelmarin Pakatan Rakyat Parlimen Bukit Katil yang dianggotai PAS, DAP dan PKR telah mengadakan turun padang mengedar risalah berkaitan dengan isu semasa, barang naik dan juga pemborosan sambil bertemu dengan pelanggan Pasar Borong di Batu Berendam dalam DUN Ayer Keroh.
Program yang bermula jam 7.00 pagi itu berakhir dua jam selepas itu memberikan gambaran rakyat yang ke pasar borong tersebut memberikan maklum balas yang positif kepada pihak Pakatan Rakyat. Mereka meluahkan rasa tertekan akibat kos hidup yang semakin hari semakin meningkat.
DAP diwakili oleh ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong dan rombongannya turut serta dalam menyebarkan risalah dalam versi bahasa dan juga Inggeris berkaitan dengan isu yang berlaku dalam negara dan juga dalam negeri Melaka itu sendiri.
Beliau berkata sokongan kaum Cina terhadap Pakatan Rakyat dalam Parlimen Bukit Katil adalah positif dan pengundi juga menerima baik kepimpinan Pakatan Rakyat dalam Parlimen Bukit Katil ini. Beliau berharap kali ini Pakatan Rakyat terutamnnya PAS dapat memenangi kerusi 2 lagi DUN dalam Parlimen Bukit Katil iaitu Bukit Baru dan juga Ayer Molek.
Penyelia DUN Bukit Baru, Yusof Wahab pula berkata sambutan dan kerjasama dari pelanggan di Pasar Borong membuktikan bahawa mereka tidak takut untuk memilih Pakatan Rakyat kerana mereka tahu bahawa selain daripada BN, parti lain juga boleh memerintah sekiranya diberikan peluang.
Beliau melihat situasi sekarang bahawa mood untuk pilihanraya semakin dekat dan ada dikalangan bertanyakan bilakah tarikh pilihanraya serta mereka bersedia untuk tukar kepada kerajaan yang lebih baik dan beramah untuk menjamin masa depan negara yang harmoni.
Wawancara bersama Pengarah Unit Amal Malaysia, Juhari Osman bertempat di Pejabat Badan Perhubungan PAS Melaka pada 11 Mei 2012 mengenai isu BERSIH 3.0, Dikejutkan dengan peluru hidup dan juga mengenai Unit Amal.
Pakatan Rakyat mengecam tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menghantar peluru hidup kepada Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Juhari Osman di kediamannya di Ayer Molek kelmarin.
Pengguna jalan kampung di Kampung Bukit Baru Dalam, dalam Dun Bukit Baru di sini bersungut dan marah kerana jalan tersebut mempunyai bonggol yang terlampau tinggi sehingga bergesel dengan kenderaan mereka terutamanya kereta.
Jika dilihat daripada bekas-bekas lekuk di bonggol tersebut ianya berpunca daripada geseran bawah bawah bahagian kenderaan akibat bonggol terlalu tinggi.
Pendek kata kereta saiz biasa pasti akan bergesel, malahan akan memberi kerosakan yang serius kepada kenderaan yang melalui kawasan tersebut.
Apakah spesifikasi untuk membina sesebuah bonggol menurut standard Jabatan Kerja Raya.
Perkara ini akan dilaporkan kepada Jabatan Kerja Raya untuk siasatan dan tidakan lanjut.
Sebelum ini blog ini pernah memaparkan tentang tiang-tiang berlampu tetapi tidak berpagar berhampiran Perkampungan Hang Tuah, Duyong, Melaka yang dirobohkan.
Setelah genap tiga bulan, beginilah keadaan tempat tersebut. Daripada ada kepada tiada. Bekas-bekasnya pun tiada langsung tertinggal.
Mungkin selepas ini ianya muncul semula jika UMNO/BN diberi mandat memerintah Melaka.
Sebelum ini kerajaan memperkenalkan konsep "Design & Build" ataupun reka dan bina, selepas ini kerajaan BN perlu memperkenalkan satu lagi konsep iaitu "Reka, Bina dan Musnahkan" atau "Design, Build & Destroy"
Walaupun kain rentang MIC ini tidak mempunya stiker ataupun permit sementara, ianya bebas tanpa diganggu walaupun berada di tengah pusat bandar di Banda Hilir, Melaka ini.
Apakah pihak penguasa MBMB tidak melalui kawasan Little India Melaka ini selama hampir dua bulan yang lalu.
Kalau pihak Pakatan Rakyat menggantung kain rentang sebegitu rupa, pagi dipasang petang hilang diragut pihak berkuasa. Usahkan kata ditengah bandar, dikawasan pinggir bandar pun diburunya kain rentang pihak Pakatan Rakyat.
Inilah sikap double standard dari pihak penguasa yang berada dalam negeri Melaka ini. Kalau kain rentang kamu bercopkan BN/kompenen BN kain rentang kamu selamat. Kalau kain rentang itu Pakatan Rakyat punya, diburu sampai kelubang cacing.
koleksi video BERSIH 3.0 daripada permulaan secara aman bertukar menjadi kecoh akibat gangguan pihak polis. Dianggarkan lebih 300,000 yang hadir ke Himpuan Duduk dan Bantah ini sebelum ia menjadi huru-hara akibat kerakusan penguasa.
Penyelia DUN Bukit Baru [N.17 Bukit Baru] dalam Parlimen Bukit Katil [P.137 Bukit Katil] dan bekerja sepenuh masa bersama Parti Islam Se-Malaysia (PAS)......
Sumbangan Dana Pilihan Raya DUN Bukit Baru boleh dilakukan seperti di bawah:
......
| Nama: Yusof Bin Wahab |
Bank: CIMB |
No.Akaun: 04-08-0002590-52-4