Beliau bukan menumpangkan ketua gerila dari parti komunis, bukan juga menumpangkan ketua pengganas rangkaian antarabangsa, beliau hanya menerima pelanggan yang merupakan presiden parti politik yang berdatar di Malaysia dan mengikut lunas-lunas perlembagaan.
Ekoran dari menerima pelanggan yang merupakan VVIP parti politik tersebut, resortnya telah tidak lagi menerima pelanggan daripada agensi-agensi kerajaan negeri.
Ini dipercayai daripada arahan lisan dipercayai pihak-pihak tertentu yang busuk hati dan berotak sempit yang masih wujud walaupun dunia telah maju kedepan.
Kesalahannya hanya satu, menerima tetamu VVIP sebuah parti politik. Lainlah kalau tetamu itu ketua penjenayah yang paling dikehendaki ataupun pengamal ajaran sesat.
Perkara sebegini tidaklah pelik di dalam negeri ini memandangkan ketua kerajaan negeri ini pun pernah mengeluarkan larangan kepada kakitangannya supaya tidak mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan, dengan alas an tidak mahu kakitangan kerajaan meniru “dasar-dasar tidak baik” dari Kerajaan Negeri Kelantan.
Sekarang tidak tahulah bagaimana dengan larangan tersebut, samaada masih berkuatkuasa ataupun tidak, memandangkan empat buah negeri Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan juga Selangor telah jatuh kepada Pakatan Rakyat.
Sejak daripada itu, resort tersebut suram daripada menerima pelanggan daripada agensi-agensi kerajaan yang lain.
Sikap kebudak-budakan seperti ini masih lagi berlaku dan tekanan-tekanan seperti ini bertujuan memberi pengajaran kepada pengusaha-pengusaha lain supaya jangan berhubung dengan pembangkang, hatta sebagai sebagai pelanggan resort sekalipun.
Kepada pemimpin parti politik pembangkang janganlah berasa hairan dan terkejut jika nanti anda datang ke “Negeri Maju” ini anda tidak diterima oleh pengusaha-pengusaha homestay dan resort.
Menipu lah ko ni. tah2 calet banyak kotor dan banyak lipas.
Suara Ampang Puteri, chalet 2 bkn byk lipas,tp otak kau yg banyak semut... suke ati je ckp org menipu..klau bkn fakta, xkuar la kt sni..
Suara Ampang Puteri, chalet 2 bkn byk lipas,tp otak kau yg banyak semut... suke ati je ckp org menipu..klau bkn fakta, xkuar la kt sni..