Kebanyakkan rumah di taman perumahan sekitar Taman Bukit Katil dan Taman Bukit Katil Permai masih lagi ada rumah yang belum didiami oleh penduduk dan biarkan kosong tanpa penghuni. Keadaan rumah yang tidak didiami mungkin kerana faktor kos rumah yang terlalu tinggi ataupun gagal menyelesaikan hutang rumah sedangkan perumahan tersebut untuk bumiputera.
Walaupun perumahan itu dibuka penjualannya kepada bumiputera namun ia tidak mampu dimiliki kerana faktor kos yang tidak mampu dilunaskan dan ada sesetengah rumah telah dilelong oleh pihak bank. Begitu malang nasib bumiputera apabila pihak kerajaan sepatutnya membantu golongan bumiputera memiliki rumah dengan mudah sebaliknya kesulitan yang dialami menyebabkan tidak tertanggung dengan bayaran yang terlalu tinggi.
Bagi Taman Bukit Katil, kawasan perumahan ini telah siap semenjak tahun 1986 iaitu sudah mencapai 25 tahun pada tahun ini. Bagi yang memohon pinjaman kerajaan, pinjaman itu diikat sehingga 25 tahun manakala yang membuat pinjaman melaui bank ia bergantung kepada pihak bank untuk dilaksanakan ikatan kontrak perjanjian.
Janji pihak Pakatan Rakyat pula akan cuba selesaikan isu perumahan ini dan akan membina sebanyak mungkin rumah kos rendah agar rakyat kelas bawahan dapat menikmati segala kemudahan yang disediakan dan ia tidak terhad kepada golongan atasan yang memiliki rumah kos sederhana dan kos tinggi. Pembinaan rumah kos rendah untuk rakyat agar semua orang dapat merasai rumah idaman yang diingini mereka.
Antara rumah yang banyak tidak berpenghuni ialah di Jalan Bayan 1, Jalan Bayan 2, Jalan Bayan 4, Jalan Bayan 6, Jalan Bayan 10 dan Jalan Bayan 12. Boleh dikatakan hampir 20 rumah lebih yang kosong yang kos sederhana dan tinggi.
Tinjauan yang dilakukan bahawa rumah kos rendah berharga RM35,000 hingga RM42,000 seunit ke bawah manakala rumah kos sederhana berharga RM80,000 hingga RM100,000. Bagi rumah kos tinggi pula ia bernilai RM200,000 dan ke atas dan siapakah golongan bumiputera yang mampu memilikiya kerana penduduk di kawasan tersebut hanya berpendapatan rendah.
Antara rumah kos rendah yang ada di Bukit Katil ialah termasuk Rumah Awam Penghulu Jabar, Taman Bukit Katil Permai dan Town House yang majoritinya adalah penduduk berbangsa Melayu yang menetap di situ dan mampu beli kerana kosnya murah. Bagi rumah taman yang kos sederhana pula yang berharga sekitar RM80,000 hingga RM100,000 kebanyakkan orang Melayu tidak mampu memilikinya.
Manakala rumah kos tinggi lagi tidak mampu dimiliki oleh orang Melayu. Sebagai bukti kajian kami di Taman Bukit Katil dengan harga semasa rumah adalah sekitar RM80,000 hingga RM100,000 banyak yang kosong dan tidak berpenghuni dan ada sebahagian daripada itu terpaksa dilelong oleh pihak bank.
Masalahnya sekarang kenapa tidak dibina rumah kos rendah yang banyak sedangkan kita mengetahui bahawa golongan berpendapatan rendah hanya mampu miliki rumah kos rendah berbanding kos sederhana dan tinggi. Apabila soalan ini diajukan kepada kontraktor mengenai kenapa rumah kos rendah dibina sedikit dan ini jawapan mereka. "Komisyen rumah kos rendah bagi orang-orang besar adalah sedikit dan komisyen yang tinggi hanya dapat diperolehi jika dilaksanakan rumah kos sederhana dan kos tinggi".
UMNO dengan slogan "Hidup Melayu" gagal melaksanakan tuntutan mereka sebagai pembela Melayu sebaliknya mengambil kesempatan ke atas kesulitan yang dialami oleh orang Melayu itu sendiri tetapi dalam bab perumahan ini menjelaskan mereka meminggirkan identit Melayu itu sendiri demi mengaut komisyen yang tinggi dengan pembinaan kos sederhana dan kos tinggi.
Moto Melaka Maju Bandar Teknologi Hijau hanya untuk golongan elit semata-mata dan bukan untuk rakyat terbanyak. Melayu akan terus ketinggalan selagi UMNO berkuasa.
Gambar rumah yang tidak dihuni di sini