Alhamdulillah dan sekalung tahniah kepada semua pelajar di seluruh negeri Melaka yang telah menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini serta mendapat keputusan yang cemerlang 5A dalam peperiksaan tersebut yang diumumkan kelmarin. Seramai 1,478 daripada 14,758 murid yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Melaka tahun ini memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil.
Syakirah bersama ibunya
Tahniah juga diucapkan kepada Syakirah Karim walaupun menghidap pseudoachondroplasia atau masalah sendi sehingga menyukarkan beliau menulis ia tidak mematahkan semangat beliau untuk mengecapi kejayaan 5A bersama-sama pelajar yang lain. Akibat penyakit itu tangannya cepat lenguh ketika menulis menyebabkan beliau sering tidak sempat menyalin nota yang ditulis guru di papan hitam.
Katanya, beliau terpaksa meminjam buku rakan-rakan dan menyalin semula nota di rumah. Rahsia kejayaanya turut dikongsi iaitu beliau mengulangkaji pelajaran setiap hari selama satu atau dua jam.
Menurut sumber Jabatan Pelajaran Negeri, bilangan murid yang mendapat semua A pada tahun ini menurun daripada 10.4 peratus tahun lalu kepada 10 peratus tahun ini. Bilangan yang mendapat semua A juga menurun 27 murid daripada 1,505 murid tahun lalu kepada 1,478 murid tahun ini.
Pencapaian murid dalam menguasai tahap minimum gred A, B dan C bagi semua mata pelajaran pula seramai 10,150 murid atau 68.8 peratus berbanding 68.6 peratus tahun lalu. Pada tahun ini, bilangan murid yang menduduki peperiksaan UPSR meningkat berbanding seramai 14,473 atau perbezaan 285 murid pada tahun lalu.
Menurut sumber Jabatan Pelajaran Negeri lagi, Gred Purata bagi negeri ini adalah 2.16 iaitu meningkat 0.02 berbanding tahun lalu.
Yusof Wahab
Penyelia DUN Bukit Baru