Syed Zainaruddin bin Dato' Syed Zain mendakwa beliau telah disisihkan oleh kakaknya sendiri yang juga merupakan Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Syarifah Azizah binti Syed Zain. Beliau mendakwa beliau tidak pernah berjumpa dengan kakaknya tersebut telah hampir 20 tahun.
Beliau sekarang yang menetap di Bukit Baru berharap dapat berjumpa dengan kakaknya tersebut dan sedia menunggu kedatangan kakaknya tersebut di rumah beliau di Bukit Baru.
Beliau telah bertemu dengan Saudara Khairul Faizi , Setiausaha Pemuda PAS Malaysia yang berceramah di rumah Zainaruddin di Bukit Baru.
Setiap kali hujan, air akan bertakung berhampiran sebuah kedai menjual dan membaiki motosikal di Taman Sin Hoe, Bukit Baru, Berhampiran dengan Petronas Bukit Baru.
Apabila jalan tersebut dilalui oleh kereta pasti air yang bertakung tersebut terpercik hingga ke kedai beliau.
Apabila kereta yang dipandu laju melalui kawasan tersebut memang air akan memercik hingga terkena pelanggan.
.
Itulah keadaan yang terpaksa dihadapi oleh pemilik kedai tersebut dan setiap kali hujan beliau bimbang percikan air tersebut mengenai pelanggan beliau.
Keadaan jalan yang ditar tidak rata memudahkan air bertakung pada setiap kali hujan.
PAS Melaka yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah akan menghantar sekurang-kurangnya 5,000 ahli ke Dataran Merdeka bagi membantah tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dianggap menimbulkan keraguan kepada pengundi serta sikap berat sebelahnya terhadap parti yang memerintah pada hari ini.
Himpunan yang dinamakan "Duduk dan Bantah" itu akan mengumpulkan sasaran seramai 500,000 orang yang bertempat di Dataran Merdeka pada 28 april 2012 jam 2.00 petang. Tujuan BERSIH 3.0 itu diadakan adalah untuk menyatakan tindakan SPR yang dianggap menganaktirikan parti pembangkang serta penyelewengan dalam daftar pemilih yang berlaku.
Di Melaka juga tidak terlepas daripada penipuan yang cuba dilakukan oleh SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terhadap institusi pengajian awam terutamanya yang terletak dalam Parlimen Bukit Katil. Baru-baru ini terdedah satu video yang mengaitkan seorang anak ADUN UMNO terlibat dalam pemindahan daftar pemilih bagi memenangkan UMNO/BN di Parlimen Bukit Katil.
Penyelaras SAMM Melaka, Zuraidi Abdullah berkata, SAMM akan bersedia menyediakan pasukan bertindak bagi memastikan setiap peserta dapat dilindungi. Selain itu, satu ceramah berkaitan BERSIH 3.0 akan diadakan di Bukit Baru pada 26 April 2012 jam 9.00 malam yang akan dihadiri oleh orang muda serta wakil-wakil dari pemuda komponen Pakatan Rakyat Melaka.
Antara yang akan hadir pada ceramah tersebut ialah Khairi Faizi selaku Setiausaha pemuda PAS Pusat, Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari, Khairul Anuar selaku Timbalan AMK Pusat, ADUN Banda Hilir YB Tiey Kok Kiew mewakili DAP dan Ketua Pemuda PAS Melaka Yuhaizad Abdullah akan turut menyampaikan ceramah.
Perhimpunan Warm-up BERSIH 3.0 pada Ahad 22/04/2012 telah memberi kegusaran kepada UMNO/BN di Negeri Melaka. Tidak tahu mengapa mereka takut sangat dengan BERSIH. Kehadiran yang agak ramai walaupun makluman tentang perhimpunan tersebut agak terhad dikalangan penyokong-penyokong sahaja.
Hari ini UMNO Melaka melalui blog-blog upahan mereka kepanasan serta tidak dapat tidur dengan tenang melihat kebangkitan rakyat di Negeri Hang Tuah ini. Jadi mereka terpaksalah menabur fitnah dan pembohongan jahat bagi menyelimuti rasa gusar dan bimbang kalau-kalau Negeri Melaka ini jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.
Kenapa UMNO/BN perlu takut dengan perhimpunan BERSIH? Tidak sukakah mereka melihat pilihanraya yang bersih dan adil kepada semua parti yang bertanding?
Tiang-Tiang besar di celahan pokok ini terbiar begitu saja di Taman Merak Bukit Katil sejak lebih kurang 10 tahun yang lalu.
Tiang-tiang ini dikatakan cerucuk yang ditanam bagi membina sebuah apartment mewah. Teapi tidak tahu mengapa ianya terbengkalai begitu sahaja.
Tentu sudah banyak wang dikeluarkan oleh syarikat pemaju ini bagi menyediakan cerucuk-cerucuk ini.
Tidak diketahui punca masalah mengapa projek ini dihentikan begitu sahaja samaada berpunca dari pihak pemaju atau PBT sehingga hari ini ia menjadi menjadi sebuah tinggalan.
Kejadian kubah masjid Bukit Baru yang telah runtuh akibat dipanah petir pada 25hb Februari 2012 yang lalu masih belum siap walaupun tempoh yang dijanjikan untuk siap adalah dalam tempoh satu bulan.
Sehingga hari ini kubah tersebut masih belum siap dan khemah terpaksa didirikan diluar bagi menampung jemaah yang bersolat jumaat.
gambar pada 18/04/2012
Menurut pembantu masjid, yang mahu dikenali sebagai Hj. Saad memaklumkan barang-barang seperti kayu baru saja sampai pada hari ini (18/04/2012).
Gambar bertarikh 18/04/2012
Gambar bertarikh 18/04/2012
Tarikh baru yang untuk menyiapkan kerja-kerja membaiki dijangka pada bulan Mei.
Selain itu kos untuk memperbaiki masjid ini memakan belanja ratusan ribu ringgit bagi menyiapkan syiling dan kubah yang runtuh tersebut.
Tiga tahun lepas, masjid ini telah dimasuki oleh babi hutan yang menyebabkan masjid ini disamak keseluruhannya oleh penduduk kampung.
Sepanjang tempoh 1999 hingga 2011, kerajaan Melaka telah membelanjakan dari sumber langsung negeri untuk projek pembangunan adalah berjumlah RM795.4juta. Jumlah itu merangkumi beberapa projek seperti pembinaan Planetarium di MITC, Balai Cerap Al-Khawarizmi, pemilikan bangunan Wisma Persekutuan di Jalan Hang Tuah, bangunan MICTH dan pembinaan Bangunan Blok Bentara.
Mengikut pecahan, pembinaan Planetarium di MITC adalah berjumlah RM21juta, Balai Cerap Al-Khawarizmi pula berjumlah RM25juta semenjak dibuka pada tahun 2002 dan pemilikan bangunan Wisma Persekutuan di Jalan Hang Tuah berjumlah RM226.17juta.
Bangunan MICTH pula dibina dan menelan kos perbelanjaan berjumlah RM29.3juta dan harga ini tidak termasuk harga tanah telah dijual kepada kerajaan persekutuan dengan harga RM43.8juta dan pembinaan Bangunan Blok Bentara pula menelan belanja RM11.5juta.
Tujuan itu adalah menggalakkan pelancongan dan pembangunan, namun adakah perbelanjaan mengurus itu diurus dengan sempurna tanpa ada ketirisan? Berapakah pulangan hasil dari pembinaan Balai Cerap Al-Khawarizmi pula berjumlah RM25juta itu pada setiap tahun?
Kronologi roboh PASTI bermula awal tahun 2012. Tujuan utama PASTI dirobohkan adalah bermotifkan politik yang bertopengkan membuat jalan sedangkan ada sebuah rumah dibahagian kronologi dokumentari ini ialah rumah milik orang UMNO yang selalu mengadakan ceramah bersebelahan dengan markaz ataupun PASTI ini.
Setelah PASTI ranap menyembah bumi pada 16 April 2012, rumah milik orang UMNO belum dirobohkan atas alasan selepas pilihan raya dan juga sebagai plan untuk mengganggu ceramah pihak PAS sekiranya pihak PAS mengadakan ceramah bersebelahan dengan surau memandangkan sebelah surau ada tanah lapang yang bertentangan dengan rumah milik UMNO.
Tujuan sebenarnya sudah jelas.. Buat jalan itu semata-mata tidak mahu melihat tempat menyebarkan ilmu itu berkembang.
Maklumat penuh tentang kronogi PASTI sila layari blog di bawah
Gambar sekitar perhimpunan Anti-Lynas peringkat Negeri Melaka yang bertempat berhampiran Masjid Al-Azim. Berhadapan bangunan Open University pada Jumaat (13/04/2012) lalu jam 2 petang.
Bersama-sama kita untuk menyatakan bantahan mengenai pembinaan kilang Lynas di Kuantan. Lokasi berhimpun di Melaka hari ini bertempat di perkarangan tempat meletak kereta di bangunan Universiti terbuka Malaysia selepas menunaikan solat Jumaat dan tema pakaina adalah berkaitan alam sekitar iaitu warna hijau atau Tshirt anti-Lynas.
Bangunan lama ini merupakan tapak panggung wayang Lido yang terkenal suatu ketika dahulu yang seangkatan dengan Capital dan beberapa lagi jenis panggung wayang bderbanding sekarang yang lebih terkenal dengan Golden Screen Cinema (GSC) dan Tanjung Golden Village (TGV).
Bangunan ini di bawah seliaan Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI). Apakah yang akan dilakukan oleh perbadanan tersebut untuk menjadikan bangunan yang terletak dalam tanah komesil di Bandar Hilir itu menjadi bangunan yang dapat diguna dalam bentuk atau kaedah lain supaya ia tidak mencacatkan pemandangan selaku Negeri Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau"?
Di bawah Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) itu juga, pihak agensi yang terlibat ada membuat pinjaman dan setakat penghujung tahun yang lalu hutang yang tertunggak oleh pihak Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) dengan kerajaan Melaka berjumlah RM14.66juta dan ini merupakan satu nilai angka besar bagi rakyat terbawah.
Adakah RM14.66juta itu termasuk dengan bangunan lama ini? Jika benar, maka ini satu pembaziran yang amat nyata sekali kerana umum mengetahui bahawa kerajaan Melaka hari ini mempunyai hutang dengan kerajaan pusat berjumlah RM865.9juta dengan kerajaan Persekutuan.
Kejadian samseng melibatkan UMNO/BN Melaka kian menjadi-jadi sejak kebelakangan ini di negeri Melaka ini.
Terbaru, Jumaat lepas majlis perasmian bilik gerakan DAP Dun Klebang telah diganggu oleh penyokong UMNO/BN yang telah bentidak membuat kacau di kawasan tersebut.
Ini menandakan UMNO/BN telah tergugat dengan sokongan yang diterima oleh Pakatan Rakyat Negeri Melaka. Kerjasama erat Pakatan Rakyat Melaka telah menimbulkan kegusaran kepada UMNO/BN.
Walaupun MCA yang bertanding di Dun Klebang, tetapi UMNO pulak yang beria-ia mempertahankan kawasan tersebut dengan aksi samseng. Tidak nampak pula penyokong MCA yang merusuh di kawasan tersebut. Adakah ini menunjukkan MCA lebih bijak berpolitik berbanding UMNO di situ?
Kemungkinan penyokong-penyokong ini diarahkan oleh pemimpin-pemimpin mereka memandangkan kejadian seperti ini kerap berlaku termasuk insiden mengungut bunuh seperti yang terjadi kepada sepasang suami isteri di Bukit Baru ini.
Ekoran kes ugutan bunuh terhadap suami kepada seorang surirumah di Bukit Baru ini khamis lepas, pemimpin Pakatan Rakyat Negeri Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin, YB Khoo Poay Tiong, dan Kamaruddin Sidek mengeluarkan satu kenyataan akhbar di rumah mangsa yang terletak di Bukit Baru semalam.
YB Khoo Poay Tiong Adun Ayer Keroh (DAP) mencabar Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam supaya menyatakan pendirian beliau terhadap kejadian tersebut. Beliau juga berharap pihak Polis mengambil tindakan yang tegas kepada pihak terbabit, supaya perkara sedemikian tidak berulang lagi
Shamsul Iskandar Mohd Akin memaklumkan beliau memandang serius terhadap ugutan ini, kerana ugutan sebegini jarang-jarang diterima, iaitu adanya unsur ugutan bunuh. Beliau meminta kepada pihak Polis supaya laporan ini dipandang serius kerana ada unsur ugutan bunuh yang mana menurut seksyen 506 Kanun Keseksaan, iaitu ugutan jenayah.
"Saya turut mencabar Ketua Menteri Melaka ambil sikap yang gentlemen dan masuk ke dalam pilihanraya serara beradab, dan menggunakan saluran yang demokratik." ujar beliau lagi.
Kamaruddin Sidek yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka turut mengulas jika pihak Polis lambat bertindak, ini akan melahirkan penjenayah baru. Beliau bimbang insiden sebegini berulang pada masa akan datang, dan akhirnya orang ramai akan menyalahkan pihak seselamatan kerana mengambil sikap tunggu dan lihat.
Laporan polis telah dibuat atas ugutan yang diterima oleh En Said dan Isterinya. Beginikah sikap UMNO melayan orang Melayu? Mangsa berharap agar pihak polis menjalankan siasatan dengan terinci agar kes sebegini tidak lagi berlaku kerana ia menjamin keselamatan orang ramai serta mencerminkan kredibiliti pihak polis dalam menjalankan tugas.
Mangsa juga menyelar tindakan orang bawahan UMNO yang hanya memalukan pemimpin teratas mereka terutamanya Ketua Menteri Melaka memandangkan kejadian ini berlaku di dalam DUN yang ditadbir oleh Ketua Menteri sendiri dan ini sangat memalukan.
Adakah dengan sikap ganas ini akan membuatkan rakyat takut untuk menolak UMNO pada pilihanraya akan datang? Semua rakyat sudah sedar dengan taktik kotor dan ganas yang cuba dilakukan oleh pihak UMNO.
Seorang isteri kepada seorang penduduk di Kg. Bukit Baru ini hidup dalam ketakutan apabila suaminya telah diugut bunuh oleh tiga lelaki dipercayai orang kuat UMNO di sini semalam ekoran daripada tindakan mengantung bendera PAS dihadapan rumahnya.
Tiga lelaki tersebut juga turut mengoyak bendera PAS yang digantung dihadapan rumahnya.
Berikutan daripada itu isteri beliau telah membuat laporan Polis di Balai Polis Bukit Baru kerana bimbang terhadap terhadap keselamatan beliau dan suaminya.
Semasa kejadian tersebut suaminya yang dikenali sebagai Said tiada dirumah kerana bekerja. Kejadian tersebut berlaku dalam pukul 1.30 tengahari.
Dalam report tersebut, isteri beliau menyatakan salah seorang dari tiga lelaki berkenaan mengeluarkan ugutan bunuh "Mana said, aku nak jumpa dengan dia, aku dendam dengan dia, aku nak bunuh dia".
Bendera dan banner yang dipasang semula
Menurut suami beliau yang mahu dikenali sebagai Said berkata ia mungkin berpunca dari sakit hati yang keterlaluan terhadap tindakannya mengantung bendera PAS di hadapan rumahnya.
"Mereka memang terkenal adalah orang kuat UMNO disini" ujar beliau lagi.
Dun Bukit Baru ini diwakili oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Muhammad Rustam sebagai adun disini.
Keadaan kipas yang lentur dan cair setelah dijilat api
Menanyakan kepada pemilik rumah tentang kejadian kebakaran yang berlaku
Dinding rumah hangus
Semalam sempat menziarahi sebuah rumah yang terbakar di bahagian dalam berlaku selepas maghrib pada kelmarin. Kejadian itu berlaku di Kg. Bukit Baru Dalam belakang medan selera Bukit Baru dan keadaan rumah serta perlatan berjaya diselamatkan serta tiada kemalangan jiwa yang berlaku.
Dalam kejadian tersebut separuh rumah beliau telah dijilat api. Sebarang bentuk bantuan dan sumbangan boleh dihulurkan kepada tuan rumah tersebut, Shuaib bin Salleh di nombor 019-63339914.
Keadaan berhabuk dan berdebu terpaksa ditempuhi oleh pengguna jalan raya di bulatan Batu Berendam berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka yang merupakan laluan masuk ke Taman Merdeka meresahkan penunggang motosikal yang melalui kawasan tersebut.
Kehadiran lori-lori berat ke kawasan tersebut memburukkan lagi keadaan disitu. Keadaan tersebut dipercayai berpunca daripada kiri nak kanan jalan yang dipenuhi tanah merah yang apabila dilalui oleh lori-lori berat menerbangkan debu-debu tersebut.
Apakah kerajaan negeri tidak bercadang mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menghalang debu-debu tanah dipinggir jalan bagi mengelakkan kejadian debu-debu tanah yang keterlaluan.
Negeri Melaka dikatakan Negeri Teknologi Hijau oleh Ketua Menteri Melaka, tetapi apa peliknya keadaan ini dibiarkan begitu sahaja sepanjang kira-kira 1.5 kilometer.
Pejabat Pos yang terletak berdekatan dengan Ayer Keroh selalu dikunjungi orang ramai bagi urusan rasmi dan surat-menyurat. Keadaan yang ramai itu kadang-kadang menyukarkan pengguna yang menggunakan kereta untuk ke Pejabat Pos tersebut kerana tidak mempunyai tempat letak kenderaan yang sesuai seperti tapak letak kenderaan.
Kenderaan juga tidak tersusun dalam keadaan elok menyebabkan menggaggu pengguna jalan raya yang lain. Keadaan ini juga mengundang bahaya kerana sikap pengguna yang suka meletakkan kenderaan di atas jalan raya kerana bahu jalan juga mempunyai ruang yang sempit dan tidak dapat untuk menampung panjang saiz kereta seperti kereta yang berwarna putih di atas.
Keadaaan bahu jalan yang berlubang dan tidak diturap juga menyebabkan pengguna tidak berani mengambil risiko meletakkan kenderaan mereka. Tinggi jalan dengan bahu jalan juga tinggi. Jika ini tidak diambil tindakan, keadaan ini akan lebih buruk. Bahu jalan juga telah membentuk alor seperti aliran air hujan untuk mengalir.
Keselesaan pengguna juga harus dititikberatkan. Cuba perhatikan dalam gambarajah di bawah bagaimana keadaan bahu jalan dan bagaimana sebuah kereta ingin mencari tempat letak kenderaan dengan keadaan yang sedemikian rupa?
Penyelia DUN Bukit Baru [N.17 Bukit Baru] dalam Parlimen Bukit Katil [P.137 Bukit Katil] dan bekerja sepenuh masa bersama Parti Islam Se-Malaysia (PAS)......
Sumbangan Dana Pilihan Raya DUN Bukit Baru boleh dilakukan seperti di bawah:
......
| Nama: Yusof Bin Wahab |
Bank: CIMB |
No.Akaun: 04-08-0002590-52-4