“Hidup segan, mati tak mahu” itulah yang boleh dikatakan berkenaan nasib-nasib peniaga di Medan Selera berhampiran Pantai Klebang akibat daripada kerja-kerja penambakan laut yang dilakukan oleh pemaju.
Peniaga disini semakin tertekan apabila tiada usaha daripada kerajaan Negeri Melaka bagi membantu nasib peniaga-peniaga disini. Pendapatan merosot sehingga 70% akibat pengungjung enggan lagi datang kesitu kerana panorama laut sudah lenyap dan hanya tinggal pasir sejauh 500 meter berbanding sebelum ini jarak gerai dengan laut kurang dari 50 meter.
Daripada 13 gerai yang terdapat disitu hanya dua gerai yang beroperasi secara tetap, satu kedai dibuka kadang-kadang manakala yang lain terus gulung tikar.
Keadaan medan selera yang kusam dan berhabuk memburukkan lagi keadaan.
Amat mengecewakan bilamana pembangunan dilakukan, rakyat khasnya peniaga-peniaga melayu terpaksa menerima kesan dan akhirnya gulung tikar. Tindakan kerajaan negeri meluluskan kerja-kerja penambakan laut tanpa menghiraukan nasib usahawan melayu memburukkan keadaan.
Apalah yang boleh dibagi oleh usahawan melayu berbanding pelabur asing yang membawa wang berguni-guni.
Apabila gedung-gedung dibangunkan peniaga melayu hanya mampu melihat sahaja kerana tidak mampu membayar sewa yang mahal. Inilah nasib peniaga-peniaga melayu di bumi Hang Tuah ini dibawah pemerintahan UMNO/BN.
Inilah antara “hadiah” Melaka Maju 2010 kepada peniaga-peniaga kecil melayu.