"Apabila hujan lebat, keadaan air longkang akan melimpah keluar". Itulah luahan seorang penduduk di Taman Harta Pertama, Puan Wong, 54, kepada saya. Setiap kali hujan turun, beliau akan berhadapan dengan keadaan air longkang melimpah kerana air yang menampung longkang tersebut dari tiga kawasan yang lain bertemu pada satu longkang dibelakang rumahnya menyebabkan aliran longkang itu penuh dan tersumbat.
Peruntukkan untuk longkang tersebut telah diluluskan. Jabatan Saliran dan Pengairan (JPS) mengatakan bahawa peruntukkan untuk longkang tersebut telah ada namun kata pegawai tersebut perlu berjumpa dengan penghulu. Tetapi kat penhulu pula longkang tersebut telah masuk ke tanah orang lain. Jika longkang itu telah masuk ke kawasan orang lain, mengapa longkang yang ada sebelum ini boleh pula masuk tanah orang?
Seorang lagi penduduk taman berkenaan, Bakhtiar Basar, 33, turut tidak berpuas hati dengan masalah longkang yang dibina itu. Apa yang dikehendaki ialah longkang simen dan bukannya mengorek dan membesarkannya. Ini kerana longkang yang dikorek akan juga tertimbus dengan tanah dan sampah yang turut di bawa arus. Tapi tindakan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK), penghulu dan sidang hanya membenarkan untuk mengorek dan membesarkan longkang tersebut.
Bagi Puan Wong, beliau terpaksa mengupah orang lain untuk membersihkan longkang dan ini sepatutnya tidak berlaku memandangkan ini kerja-kerja JPS yang membersihkan kawasan longkang. Beliau juga kesal dengan tindakan JPS yang tidak melaksanakan kerja-kerja berkaitan saliran dan pengairan ini. Kita juga ada menghubungi pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan pegawainya ada mengatakan itu urusan JPS.
Apabila ditanya kepada pihak JPS, mereka mengatakan memang ada peruntukkan untuk longkang tersebut seperti yang diberitahu oleh pegawainya, En. Nasir. Beliau ada menghantar pegawainya ke Taman Harta Pertama dan berkata mereka boleh laksanakan kerja-kerja ini tetapi perlu berurusan dengan penghulu dan sidang Kampungku Sayang.
Paling peliknya penghulu kata tidak boleh kerana melalui tanah orang lain. Habis itu tanah yang dibuat longkang itu boleh pula dibuat longkang dan tanah siapkah pula itu? Penduduk taman tersebut bukan minta buat longkang baru sebaliknya meletakkan longkang simen. Persoalannya sekarang bagaimana CFO boleh diluluskan sedangkan sistem peparitan tidak sempurna? Penduduk amat kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh JPS itu.
Tinjauan kami hari ini mendapati ada jentolak yang digunakan untuk membesarkan longkang untuk pengaliran air dan melalui tanah orang tetapi parit simen konkrit masih belum dibuat sehingga ke hari ini. Apabila hujan lebat, keadaan air longkang mengeluarkan bau yang amat busk dan menjengkelkan. Air hampir memasuki rumah dan yang menjadi mangsa ialah penduduk di Taman Harta Pertama.
Adakah ini cara UMNO dan JKKK menyelesaikan masalah yang tidak pernah selesai?