Longkang tersumbat
Jalan curam
Perancangan yang tidak teliti dalam melaksanakan projek menyebabkan berlakunya hakisan tanah di mana tempat ibu bapa meletakkan kereta sementara menanti anak-anak kecil pulang dari sekolah. Tempat letak keneraan sementara itu terletak di atas bukit berdekatan dengan sekolah. Kebiasaan ibu bapa akan menunggu di kawasan terbabit memandangkan ia jauh dari kesibukan jalan utama.
Masalah lain yang timbul dengan adanya tempat letak kereta sementara adalah keadaan jalan keluarnya yang curam mengundang bahaya terutama kepada kepada wanita yang ingin keluar ke jalan utama. Keadaan ini menyukarkan terutama bagi wanita. Risiko berlaku kemalangan juga tinggi kerana jalaan yang curam itu menuju ke terus dan pemandu terpaksa bersedia dengan kenderaan yang lalu-lalang terutama yang ingin membelok ke kanan.
Masalah kedua pula yang timbul berlakunya masalah longkang tersumbat terutamanya ketika musim hujan. Kejadian ini berlaku berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Dato' Demang Hussin hingga ke Masjid Bukit Katil. Keadaan longkang juga agak teruk dengan aliran air yang agak terbatas akibat laluan telah dipenuhi dengan lumpur yang masuk ke dalam longkang.
Ia sedikit terjejas kerana longkang di situ bukan sepenuhnya daripada simen sebaliknya sebahagian lagi adalah daripada longkang tanah. Inilah punca utama berlakunya longkang tersumbat. Ia bagaikan kerja sambil lewa yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kalau inilah cara menyelesaikan masalah ibu bapa dan projek tergantung sebegini ia tidak layak digelar Melaka Maju.
Adakah Melaka Maju hanya wujud di kawasan bandar dan tidak di kawasan kampung? Bagaimanakah kerajaan negeri yang mentadbir ini boleh mengiktiraf Melaka Maju dikala rakyat hidup dalam kesusahan yang berlanjutan. apakah mekanisma yang boleh mengiyakan Melaka Maju itu sendiri?