Sekolah Harapan Negeri Melaka adalah idea daripada Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam telah dibuka pada tanggal 17 September 2010 iaitu pada hari Jumaat. Kini sudah genap setahun sekolah itu telah beroperasi di Jasin. Sekolah itu yang dikenali sebagai ''Sekolah Harapan'', berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas pejabat Syarikat Air Melaka (SAM).
Peruntukan untuk Sekolah Harapan ini menelan kos RM1juta setahun dengan permulaan pelajar ketika dibuka adalah seramai 5 orang dan boleh memuatkan maksimum 40 pelajar. Namun, jumlah terkini pelajar tersebut adalah dua kali ganda jumlah maksimum tersebut iaitu seramai 87 orang sehingga setakat ini. Jumlah tersebut sudah cukup membuktikan semakin ramai yang terlibat dalam aktiviti kurang sihat ini.
Kebanyakkan pelajar yang menginap di Sekolah Harapan terdiri daripada mereka yang mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada tahun ini seramai empat orang menduduki peperiksaan PMR dan empat orang bakal menduduki SPM tidak lama lagi pada November ini.
Sekolah Harapan juga mempunyai kelas tambahan (tuisyen) yang akan diajar oleh guru daripada luar yang dijemput khas. Kebanyakkan mata pelajaran kelas tambahan ini melibatkan subjek teras seperti Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains dan beberapa mata pelajaran teras bagi subjek PMR dan SPM.
Jumlah kakitangan Sekolah Harapan pada ketika ini ialah seramai enam orang termasuk seorang pemandu. Kebanyakkan kakitangan sekolah ini di bawah kerajaan negeri dan diikat kontrak.
Statistik kelahiran bayi semenjak sekolah ini beroperasi adalah seramai 71 orang yang mana seorang bayi telah meninggal. Bayi-bayi yang dilahirkan itu diambil oleh keluarga pelajar tersebut untuk dijaga. Tempoh pelajar untuk berada dalam sekolah tersebut adalah tiga bulan selepas bersalin dan selepas itu mereka akan dikeluarkan dari sekolah tersebut untuk kembali ke pangkuan keluarga.
Bagi pelajar sekolah itu pula ada yang kahwin dengan lelaki pilihan mereka yang sebelum ini telah terlanjur. Pelajar paling muda dalam sekolah tersbut adalah berusia 14 tahun dan kes ini di bawah kes polis memandangkan pelajar tersebut dikategorikan di bawah umur 16 tahun.
Punca berlaku adalah disebabkan dari keluarga terbiar yang tidak mengambil berat keadaan anak-anak mereka. Kes-kes lain adalah daripada kes rogol sebanyak dua kes dan lain-lain kes adalah suka sama suka. Majoriti pelajar sekolah tersebut adalah berbangsa Melayu dan buat masa ini tiada dari bangsa selain Melayu.
Bayi-bayi juga ada disediakan ibu angkat namun sebelum bayi itu diambil ia akan menjalani proses temuduga dari jabatan agama sebelum bayi tersebut diambil oleh keluarga angkat terbabit untuk dijaga. Bantuan lain adalah dari badan bukan kerajaan seperti NGO seperti lampin dan keperluan untuk bayi dan ibu.
Yusof Wahab
Penyelia DUN Bukit Baru
saya tidak terperanjat krn negeri melaka merupakan negeri yg tidak menitik beratkan ilmu agama...kerjaan negeri hanya menitik beratkan "pembangunan kosong"..kerajaan negeri begitu takut sekiranya rakyat belajar ilmu agama maka mereka akan menjadi parti PAS....kerajaan negeri lebih suka menganjurkan konsert...melaka ni boleh dikenali sebagai negeri konsert...namakan aje ape..semua konsert ada dimelaka..konsert muda mudi, konsert warge emas, konsert 60an...semuanya adalah...we need to change kepimpinan negeri melaka..selama 10 tahun memegang negeri melaka...bnyak pembangunan dilakukan..but actually ia merupaan pembangunan dari yg telah sedia ada...its just the work of maintanance sahaja...we need a ketua menteri yg mencintai ilmu than only we can change the situation..selagi ketua menteri sendiri menentang pembangunan islam dimelaka..selagi itulah kita akan menyaksikan fenomena masalah sosial terus meningkat...sepatutnya kita membendung..bukannya menyediakan tempat utk mereka..ini menggalakkan lagi. Sungguh menyedihkan ..dikampung saya sendiri..didalam kawas lingkungan kejiranan saya..hampir setiap rumah mempunyai anak luar nikah..and paling menyedihkn ibubapa seolah2 memandang ringan akn soal ini..infact diadakan lagi majlis kahwin besar2an walaupun kehamilan pengntin perempuan dapat dilihat..mereka seolah2 tidak menyesal and malu..Semuga anak2 saya dan keturunan saya dijauhi dari melakukan segala kemungkaran yg sama..and semuga negeri melaka dipimpin oleh ketua yg berakhlak dan berilmu...amin