Penyelia DUN Bukit Baru, Yusof Wahab dan bakal haji Musa B. Abdul Ghani
Petang tadi saya sempat berkunjung ke rumah sahabat yang bakal menunaikan ibadah haji di dua tempat iaitu di UPU Paya Ikan dan UPU Bukit Katil. Mereka akan berlepas pada keesokkan hari dan juga pada minggu depan. Kedua-dua jemaah haji tersebut bakal berlepas berpasangan dengan isteri masing-masing.
UPU Paya Ikan
Isnin B. Kinang dan isterinya Kamariah Bt. Aziz
Isnin B. Kinang, 61 dan Isterinya Kamariah Bt. Aziz, 53 akan berangkat ke tanah suci Mekah pada keesokan hari iaitu pada 16 Oktober 2011 setelah giliran mereka telah diawalkan oleh pihak Tabung Haji tiga tahun dari tarikh sebenar mereka berangkat iaitu pada tahun 2014.
Kos yang dibayar oleh mereka ialah RM9,980 bagi setiap orang yang telah diberikan subsidi dari kos asal iaitu RM14,300 kerana mereka baru kali pertama menunaikan rukun Islam kelima itu. Bagi yang ingin ke Tanah Suci buat kali kedua, kos yang perlu dibayar ialah RM14,300 dan tiada sebarang subsidi dari pihak kerajaan.
Kedua-dua mereka telah mendaftar pada tahun 2006 dengan Tabung Haji dan dijangka berlepas pada tahun 2014 namun nasib menyebelahi mereka untuk berangkat lebih awal. Mereka akan tiba di Jeddah sebelum berangkat ke Mekah dan Madinah
UPU Bukit Katil
Musa B. Abdul Ghani dan isteri Che Limah Bt. Che Ismail
Di UPU Bukit Katil pula, Musa B. Abdul Ghani, 63 dan isterinya Che Limah Bt. Che Ismail, 57 pula akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 22 Oktober 2011 jam 9.25 pagi.
Mereka telah mendaftar pada tahun 2007 dan dijangkakan berlepas pada tahun 2013 namun telah diawalkan oleh pihak Tabung Haji setelah mereka menjelaskan bayaran penuh berjumlah RM9,980. Mereka bersyukur kerana dapat berangkat ke sana dua tahun lebih awal ke Mekah.