Adakah benar bahasa kebangsaan kita iaitu bahasa Melayu telah dihancurkan oleh parti yang memerintah iaitu UMNO? Mana prinsip dan slogan UMNO yang selama ini melaungkan "Hidup Melayu"? Buktinya jelas dengan wujudnya Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah merosakkan bahasa kebangsaan itu.
Bermula dari sekolah rendah hinggalah sekolah menengah, anak-anak Melayu terutamanya yang tinggal di kampung atau pedalaman sering kali tercicir dalam pembelajaran ekoran dari wujudnya PPSMI ini. Pembelajaran mereka jadi haru-biru disebabkan sikap pemimpin yang tidak mengkaji perlaksanaan PPSMI ini. Mengapa tidak diteruskan dalam bahasa kebangsaan kita iaitu bahasa Melayu?
Pakatan Rakyat menuntut supaya dihapuskan dengan segera PPSMI ini kerana janji UMNO untuk menghapuskan PPSMI ini menjelang tahun 2012 dan mengembalikan ke pembelajaran bahasa Melayu seolah-olah tidak serius. Berita yang kita terima belum dapat dipastikan bahawa PPSMI ini dapat dihapuskan atau tidak pada tahun hadapan iaitu tahun 2012.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merupakan tempat utama pemerkasaan bahasa Melayu kerana merupakan gedung bahasa kepada generasi yang mendatang. Namun, sehingga ke hari ini ia bagaikan telah lusuh dan musnah akibat tindakan UMNO ini. Ia juga boleh dikatakan 'bankrup' kerana telah terhakis akibat wujudnya PPSMI ini.
Isu sasterawan negara mempertahankan sains dan matematik diajar semula dalam bahasa Melayu setelah penggunaan PPSMI ini berlaku pada tahun 2002 sehinggalah ke hari ini. Ia juga turut dipandang sinis oleh pemimpin-pemimpin UMNO tentang perjuangan sasterawan negara itumembela bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Sasterawan negara itu juga berdepan dilucutkan segala anugerah yang diterima akibat kritikan berkenaan PPSMI ini. Ada dikalangan pengampu-pengampu UMNOmahu jawatan yang diterima oleh sasterawan negara itu ditarik balik. Inilah tanda-tanda yang UMNO sebenarnya bersifat talam dua muka atau dengan kata lain "double standard". Saudara-saudari boleh membuat penilaian dan komen mengenai tindakan yang berlaku ini.
Yusof Bin Wahab
Penyelia DUN Bukit Baru