Dari kiri: Asmah dan Yusof Wahab
Bukan seorang ibu tunggal dalam rumah tersebut namun dua ibu tunggal yang menetap di situ. Ibu tunggal kedua dalam rumah tersebut yang juga merupakan anak kepada Asmah iaitu Siti Hajar Binti Md Amin, 52 yang turut menetap bersama Asmah. Bagi Siti Hajar, beliau tidak bernasib baik seperti mana ibunya yang mendapat bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Dari kiri: Yusof Wahab dan Siti Hajar
Rumah milik Asmah yang didiami oleh anaknya yang juga ibu tunggal, Siti Hajar
Siti Hajar juga terpaksa menjaga adik lelakinya, Hanafi B Mat Amin yang turut sakit dan terpaksa menerima rawatan seperti mana anak lelakinya di hospital Melaka. Kos yang perlu ditanggung oleh Siti Hajar tidak mampu untuk dilaksanakan memandangkan beliau sendiri tidak mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Ketika ditanya kepada ibu tunggal yang bernama Siti Hajar, beliau sebelum ini telah memohon Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan sehingga kini belum menerima apa-apa perkembangan daripada pihak yang berwajib yang telah berjanji untuk menunaikan rumah tersebut. Permohonan itu telah dibuat lebih kurang 3 tahun lepas namun sehingga hari ini belum diketahui statusnya.
Yusof Wahab
Penyelia DUN Bukit Baru