Penyelia DUN Bukit Baru, Yusof Wahab dan Haji Jaya bersama tuan rumah
Di kampung Solok Sama Tahu, Bukit Katil, penduduk masih menunggu kemudahan infrastruktur seperti jalan raya di kampung tersebut memandangkan jalan tersebut masih lagi belum diturap sedangkan sudah ada enam buah rumah yang siap di bina. Keadaan jalan yang ditambah dengan keadaan tanah yang merah mendatang keadaan kurang selesa kepada penduduk di situ.
Nyemah Bt. Mohamad merupakan salah seorang penduduk di situ telah lama berpindah ke kampung tersebut dan sehingga ke hari ini pihak kerajaan seolah-olah tidak mengendahkannya yang telah berpindah berikutan menunaikan hasrat kerajaan supaya berpindah ke tempat baru setelah tempat lama telah di ambil untuk tujuan pembangunan.
Beliau terpaksa menyewa rumah selama enam yang mana kadar sewanya RM300 bagi setiap bulan dan untuk enam bulan jumlah keseluruhannya berjumlah RM1,800 di Lorong Undang seperti gambar di atas yang terpaksa dihabiskan untuk membayar sewa sedangkan mempunyia rumah yang telah siap di Solok Sama Tahu .
Jalan depan rumah
Jalan utama ke rumah Nyemah Bt. Mohamad
Beliau berharap pihak yang sepatutnya menunaikan permintaan supaya kemudahan utama jalan diselesaikan dengan segera kerana bukan sebuah rumah di dalam kampung tersebut serta kemudahan untuk keluar masuk. Paling tidak selesa bila keadaan hujan kerana lumpur turut mengalir di bawa oleh air hujan.