Bermula semalam 26 Oktober 2011 hingga 29 Oktober 2011, kerajaan Melaka mengadakan sambutan 500 tahun penjajahan Portugis di Bumi Melaka. Lokasi sambutan itu bertempat di Portuguese Settlemen, Melaka dan acara bermula dari jam 10.00 pagi sehingga jam 12.00 tengah malam.
Pengajuran tersebut menggalakkan pelancong untuk datang ke Melaka yang diiktiraf sebagai Bandar Warisan oleh UNESCO tetapi pada masa yang sama ia memberi kesan kepada industri perhotelan kerana cukai yang dikenakan kepada pelancong adalah caj lima peratus untuk cukai warisan dan enam peratus bagi cukai kerajaan.
Adakah dengan mengadakan sambutan seperti ini memberikan pulangan yang lumayan dan tindakan kerajaan seolah-olah meminggirkan perayaan dalam negara sendiri walhal semalam juga ada sambutan Deepavali tetapi sambutan 500 tahun penjajahan Portugis lebih diutamakan? Mana perginya slogan 1Malaysia yang menjadi sebutan pemimpin UMNO/BN?
Tetapi yang menjadi persoalan ialah kerajaan Melaka seolah-olah bangga dengan Melaka dijajah oleh Portugis. Sebelum ini kita ada mendengar dari seorang profesor yang mengatakan bahawa bumi Malaysia ini tidak pernah dijajah oleh kuasa asing dan sekarang ia telah dibuktikan oleh kerajaan Melaka bahawa bumi Malaysia ini telah dijajah selama 500 tahun. Akhirnya tindakan profesor itu menunjukkan beliau tidak cerdik dan buta sejarah.
Pengajuran perayaan sambutan 500 tahun ini juga dianggap membazirkan wang rakyat kerana ia bukan sambutan perayaan yang berkaitan dengan masyarakat dalam Melaka ataupun Malaysia sebaliknya mengagungkan perayaan yang dibawa oleh penjajah ke tanah air. Perayaan ini juga ada memberi kesan kepada kehadiran pelancong ke Melaka terutama yang menginap di hotel akibat cukai warisan yang dikenakan oleh kerajaan negeri.
Pengerusi Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MBHA), Hendon Puteh berkata keadaan ini boleh menyebabkan pelanggan mengurangkan tempoh menginap dan mungkin juga ada di antara mereka yang akan membatalkan hasrat menginap di hotel kerana bayaran yang membebankan. Walaupun mendapat keuntungan lebih sedikit melalui caj itu tetapi untuk jangka masa panjang semua pemilik hotel akan mengalami kerugian besar apabila pelancong enggan datang ke sini.
Adakah pemimpin kita sayang akan kehadiran Portugis ini? Buktinya ialah tumbuhnya kelab malam bagai cendawan selepas hujan telah membuktikan segala-galanya dengan penjualan arak berleluasa, zina bebas dan tidak cukup dengan itu kerajaan Melaka melanjutkan waktu operasi hiburan sehingga jam 3.00 pagi dan untuk siapakah itu? Tindakan itu seolah-olah merosakkan anak bangsa akibat mengagungkan penjajah.