Leo Kim Cheng dan Yusof Wahab
Ketika ditanya kepada Leo Kim Cheng mengenai sebarang program berkaitan dengan Pakatan Rakyat, beliau membenarkan segala aktiviti berkaitan Pakatan Rakyat diadakan di rumah beliau. Ini menunjukkan beliau tidak gentar dengan dengan menyokong Pakatan Rakyat dan mahukan perubahan segera kerana negara kita berada dalam keadaan yang genting di bawah pemerintahan Barisan Nasional.
Beliau berkata seluruh keluarganya menyokong Pakatan Rakyat tidak kira siapa calon yang diletakkan sama ada Parti Keadilan Rakyat, PAS atau DAP asalkan mereka di bawah payung Pakatan Rakyat. Ketujuh-tujuh anak beliau menyokong perjuangan yang di bawa oleh Pakatan Rakyat kerana lebih berpijak pada paksi dunia yang sebenar dan bukannya janji kosong seperti Barisan Nasional.
Ketika mengadakan majlis bersama pimpinan Pakatan Rakyat yang dihadiri seramai 1500 jemputan yang turut dihadiri oleh ahli Parlimen Kubang Kerian iaitu YB Salahuddin Ayub, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ADUN Melaka iaitu YB Goh Leong San beliau yakin dengan sepenuh hati bahawa Pakatan Rakyat akan memenangi pilihan raya yang akan datang tidak lama lagi.
Mengulas mengenai bajet 2012, beliau berkata bahawa bajet yang dibentang itu hanya gula-gula untuk pilihan raya sahaja dan tidak memberikan impak kepada saya yang tidak bekerja mahupun kepada keluarga. Bukan sahaja tidak dapat dirasai malahan bau juga tidak dapat dihidu bajet yang dikatakan mesra rakyat atau 'one-off' itu.
Katanya, bajet yag dibentang oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mewakili Pakatan Rakyat adalah lebih relevan berbanding bajet yang digula-gula oleh Najib Razak itu. Bajet Najib mungkin tidak berkesan malahan telah dihidu oleh rakyat kerana ia bersifat angan-angan kosong. Dari mana Najib mahu dapatkan duit sebanyak itu?
Ia juga tidak memberi kesan untuk rakyat menyokong Barisan Nasional kerana sudah terbukti sebelum ini hanyalah omong-omong kosong dan pada hari ini (semalam) Najib dan timbalannya, Muhyiddin Yasin telah hadir ke Melaka.
Pada pandangan beliau, Pilihan Raya Umum ke-13 sudah hampir dan seruan beliau kepada pengundi-pengundi di Malaysia supaya "UBAH" pemimpin sekarang dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat supaya kesejahteraan rakyat dapat dikembalikan.
Yusof Wahab
Penyelia DUN Bukit Baru