Penyelia DUN Bukit Baru, Yusof Wahab dan Bekas calon PAS 2004 dan 2008, Hj. Bakrin
Hj. Bakrin Bin Hj. Sidek merupakan Yang DiPertua PAS kawasan Bukit Katil pada tahun 2007-2008 merangkap Timbalan Pesurujyaya Tiga PAS Melaka pada ketika itu kemudia bertanding dalm politik tanah air pada tahun 2004 dan 2008 menentang calon Barisan Nasional, Datuk Seri Ali Rustam.
Pada tahun 2004, Hj. Bakrin Bin Hj. Sidek mewakili PAS tewas kepada Ketua Menteri Melaka hari ini iaitu Datuk Seri Ali Rustam yang mewakili Barisan Nasional dengan majoriti 5,992 undi. Pada ketika itu Hj. Bakrin Bin Hj. Sidek mendapat 2,266 undi manakala Datuk Seri Ali Rustam mendapat 8,258 undi dengan jumlah pemilih berdaftar ketika itu sebanyak 13,509.
Pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun 2008 pula, Hj. Bakrin Bin Hj. Sidek sekali lagi menentang Datuk Seri Ali Rustam dalam pentas pilihanraya yang mana Hj. Bakrin Bin Hj. Sidek tewas dengan majoriti 2,708 undi. Hj. Bakrin Bin Hj. Sidek mendapat 4,936 undi manakala Datuk Seri Ali Rustam mendapat 7,644 undi dengan pemilih berdaftar sebanyak 15,904.
Ketika mula bertanding pada tahun 2004, ada wakil dari UMNO telah datang berjumpa dengan ibu mentua Hj. Bakrin supaya menantunya (Hj. Bakrin) menarik diri dari pencalonan dan ditawarkan dengan sejumlah wang kepada ibu mentuanya. Apabila ditanya oleh ibu mentuanya mengenai kehadiran wakil dari UMNO itu, Hj. Bakrin tidak berganjak dan akan terus bertanding dalam pilihan raya tersebut.
Hj. Bakrin memanggil wartawan Harian Metro menceritakan bahawa kejahatan Datuk Seri Ali Rustam menghantar orangnya supaya beliau menarik diri dalam bertanding pilihan raya. Datuk Seri Ali Rustam juga dalam satu kenyataan ingin menyaman Harian Metro mengenia isu ini namun sampai hari ini sepi tanpa sebarang berita mengenai samannya itu.
Pada pilihan raya akan datang, Hj. Bakrin tidak akan bertanding tetapi akan memberi sokong sepenuhnya kepada mana-mana calon PAS yang diletakkan untuk bertanding di DUN Bukit Baru ini walaupun ada tali barut UMNO menyatakan beliau kecewa kerana tidak dicalon kali ini dan mengajak Hj. Bakrin menyertai UMNO. Walaubagaimana pun, Hj. Bakrin tetap akan menyokong PAS.
One Response so far.