UMNO memerintah Melaka sejak merdeka dahulu, namun begitu untuk melihat padang bola sepak yang sempurna untuk anak muda bermain dalam mana-mana kampong di Negeri Melaka ini amat sukar sekali.
Kalau nak diharapkan padang bola sekolah, pihak sekolah tidak benarkan, takkan hendak sewa stadium Hang Tuah untuk beriadah pada waktu petang.
Maka dicarilah mana-mana sawah terbiar atau tanah terbiar untuk dijadikan padang bola seperti yang berlaku di Kg. Jembatan Duyong ini.
Keadaan padang yang berselut dan penuh dengan rumput yang tinggi tidak dihiraukan kerana itu sahaja pilihan yang ada.
Walaupun diistiharkan sebagai negeri maju, untuk menyediakan padang bola yang sempurna pun gagal dpenuhi oleh kerajaan UMNO/BN.
Inilah harga yang dibayar oleh UMNO/BN kepada pengundi yang mengundi mereka. Mereka seolah-olah tidak menghargai pengundi-pengundi mereka untuk mengeluarkan sedikit peruntukan untuk membangunkan padang bola yang sempurna.
Berapa lama lagi anak-anak muda harus menunggu untuk dibinakan satu padang bola yang lebih baik dari sekadar sawah terbiar?
Kewujudan padang yang sempurna amat penting bagi membolehkan para belia memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti berfaedah.