Bangunan Jabatan Agama Islam Melaka hanya terletak kira-kira 200 meter sahaja daripada pusat tikam nombor ekor (kedai judi). Kebimbangan adalah kebanyakkan yang datang membeli nombor judi itu datang dari kalangan orang Melayu yang kononnya beragama Islam. Tindakan JAIM juga dikatakan terhad kerana segala laporan perlu di hantar kepada Kementerian Kewangan untuk tindakan dan bukan di bawah Jabatan Agama Islam Melaka itu sendiri.
Pihak JAIM turut mendakwa ada dilaksanakan tangkapan namun tidak dihebohkan dalam akhbar. Staff yang bekerja di Jabatan Agama Islam Melaka pula adalah dalam sekitar 36-38 orang dan alasan yang diberikan adalah tidak cukup kakitangan. Sekiranya tidak cukup kakitangan, mengapa tidak ditambah kakitangan bahagian peguatkuasaan? Itu persoalannya.
Di bawah ini adalah enakmen syariah bagi negeri Melaka beserta sidang video.
Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991
Seksyen 81: Berjudi
(1) Sesiapa orang Islam didapati hadir di tempat judi sama ada ia melakukan perjudian atau tidak, adalah merupakan satu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
(2) Bagi maksud subseksyen (1) di atas
"Tempat berjudi" ertinya mana-mana premis sama ada terbuka ataupun tertutup dan termasuklah bilik, pejabat atau gerai sama ada orang awam atau ahli-ahli tertentu yang mempunyai hak untuk memasukinya, mengguna atau menyimpan untuk permainan mana-mana permainan berbentuk nasib atau pencampuran antara nasib dan kemahiran sama ada secara sah atau sebaliknya untuk wang atau faedah kewangan, tetapi tidak termasuk loteri persendirian dan loteri yang dianjurkan oleh Lembaga Loteri Kebajikan Masyarakat di bawah Social and Welfare Services Lotteries Board Act 1950 and 1962.