Pada kejadian kira-kira jam 3.45 petang semalam, gerabak monorel berkenaan baru bergerak kira-kira 300 meter dari Stesen Hang Jebat di Pengkalan Rama sebelum ia berpatah balik ke stesen. Akibat kejadian itu juga telah mengecewakan 18 pelancong Hong Kong kerana terpaksa membatalkan hasrat untuk menyaksikan keindahan bandaraya Melaka dengan menaiki perkhidmatan monorel.
Sedikit maklumat mengenai monorel Melaka seperti di bawah dan diikuti sidang media bersama Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari.
1) Dibina dengan kos RM 16.5 juta (fasa pertama), fasa kedua projek Monorel Melaka dijangka menelan belanja RM 13.2 juta, bagi menghubungkan stesen sedia ada dengan satu lagi stesen yang akan dibina.
2) Laluan monorel ialah sepanjang 1.6 km, melalui pesisiran Sungai Melaka
3) Mempunyai 2 buah stesen; Stesen Hang Tuah dan Stesen Hang Jebat
4) Sebuah gerabak boleh memuatkan seramai 22 penumpang dalam satu-satu masa, dan perjalanan pergi balik dari Stesen Hang Tuah di Taman Rempah ke Stesen Hang Jebat di Jalan Bunga Raya ialah sekitar 30 minit.
5) Kerja-kerja pembinaan dilakukan sejak dari 2008, dan siap mengikut jadual iaitu pada Jun 2010. Kontraktor yang bertanggungjawab ialah Agibs Engineering Sdn. Bhd.
6) Dibuka kepada orang ramai mulai 22 Oktober 2010. Bayaran dikenakan; Dewasa = RM 10, Kanak-kanak = RM 2.