Tinjauan mendapati laluan yang diperbuat daripada kayu tersebut telah reput dan berlubang, lebih memburukkan keadaan ianya terbiar begitu sahaja.
Hanya guni dan pancang kayu diletakkan bagi mengelakkan orang ramai terjerumus kedalam lubang tersebut.
Kayu yang digunakan untuk dijadikan laluan pejalan kaki itu dipercayai dari jenis yang berkualiti rendah.
Keadaan ini sangat merbahaya kepada para pelancong terutamanya kanak-kanak.
Bagi mengelakkan keadaan yang lebih buruk dan membahayakan para pelancong, pihak terbabit termasuk agensi Kerajaan Negeri Melaka perlu memperbaiki keadaan ini dengan segera.