Longkang besar berhampiran Taman Desa Baru yang sudah dipenuhi tanah dan semak samun membimbangkan penduduk setempat ketika hujan lebat.
Keadaan longkang yang dipenuhi longgokan tanah dan semak samun akan menyekat air hujan dari terus mengalir dan akan mengakibatkan limpahan air akan berlaku.
Penduduk berhampiran berasa bimbang kerana setiap kali hujan, air dari longkang hampir melimpah keluar dan boleh mengakibatkan banjir kilat.
Apabila hujan lebat selama beberapa jam, air mula naik di kawasan Kampung Pokok Kelapa yang berada dihujung longkang.
Longkang tersebut yang mengalirkan air dari beberapa taman seperti Taman Seng Hoe, Taman Bahagia, Taman Putra dan Taman Desa Baru yang menjadi laluan air ketika hujan.
Seorang penduduk yang enggan dikenali memberitahu beliau tidak inginkan pampasan berjumalh RM300-RM400 apabila berlaku banjir, itu semua tidak berbaloi dibandingkan dengan kerosakan barang-barang dan penat lelah membersihkan rumah.
Penduduk berharap perkara ini dapat diselesaikan oleh pihak berkenaan dan akan setia menuntut tindakan dari pihak berkuasa.
Bayi Dibaham Anjing Setelah 3 jam Lahir
4 years ago