Jikalau dilihat pada tarikh projek longkang ini, ia telah disiapkan pada 4 Ogos 2011 yang lalu. Tetapi ianya menjadi buah mulut kepada penduduk sekitar, apakah projek ini benar-benar siap?
Kerja-kerja menaiktaraf sistem perparitan di Taman Seri Duyong ini menjadi tanda tanya apakah hanya dibina di hadapan taman itu sahaja, sedangkan dikawasan belakang longkang ini yang lebih tinggi, laluan airnya tersumbat.
Longkang tidak bersimen itu berada tidak jauh dari longkang yang telah dibina oleh MBMB ini. Bahkan disitulah tempat air tersumbat dan penuh dengan sampah sarap.
Apakah tidak ada usaha untuk menaiktaraf longkang ini juga?. Padahal ianya berada pada satu aliran yang sama.
Bahagian depan dinaiktaraf, dan bahagian belakang dibiarkan bergitu sahaja, bahkan air bertakung kerana lubang parit tidak dapat menampung air yang keluar dan juga disebabkan mendapan.
Bayi Dibaham Anjing Setelah 3 jam Lahir
4 years ago