Satu kelakuan buruk UMNO Melaka yang tidak terdapat di daerah ataupun di negeri lain adalah menganggu ceramah pakatan rakyat. Pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Rakyat yang pernah berceramah didalam Dun Bukit Baru ini pasti tahu akan perkara tersebut. Di mana PAS berceramah khususnya didalam Dun Bukit Baru ini pasti UMNO akan mengadakan ceramah bersebelahan.
Tindakan UMNO ini secara tidak langsung menterjemahkan rasa takut Adun Bukit Baru itu sendiri iaitu Datuk Seri Ali Rustam apabila beliau sendiri turun memberi ceramah, kononnya ingin menjawab isu yang dibangkitkan oleh pembangkang.
Ucapan-ucapan penceramah UMNO bukannya ditujukan kepada audien mereka, sebaliknya terus-menerus menyerang penceramah disebelah yang terdiri dari wakil pakatan rakyat. Penyokong-penyokong UMNO yang “diusung” kesitu hanya untuk meramaikan majlis.
Tindakan Ali Rustam itu tidak lebih seperti tikus membaiki labu, bilamana ianya terkial-kial menjawab hujah-hujah pakatan rakyat yang datang dengan membawa “buah tangan” kejayaan pemerintahan negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.
Dari segi fact and figure tiada apa yang perlu dibanggakan dibawah pentadbiran Ali Rustam. Jadi, senjata yang paling ampuh adalah memainkan sentimen perkauman dan membangkitkan emosi orang melayu.
Semua kita sedia maklum pengundi tegar UMNO ini majoritinya jenis yang tidak keluar rumah untuk mendapatkan maklumat, mereka hanya mengharapkan berita RTM dan Buletin Utama.
Tindakan Ali Rustam yang terkial-kial menjawab hujah-hujah pakatan rakyat itu bolehlah diumpamakan seperti “membunuh diri” dihadapan penyokong-penyokong sendiri yang terpaksa “di-insentifkan” untuk datang kesitu.
Apabila penyokong-penyokong UMNO tegar ini menggunakan akal yang rasional akan sedikit terkesan apabila mendengar sedikit-sebanyak isi-isi ceramah pakatan rakyat disebelah.
Dan disebabkan itu baru mereka tahu, oh! Rupaya negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat lebih baik dari negeri mereka sendiri.
Dan disebabkan itu baru mereka tahu, oh! Rupaya negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat lebih baik dari negeri mereka sendiri.
Terima kasih Ali Rustam kerana mendedahkan penyokong tegar beliau kepada ceramah pakatan rakyat.
Kalau Ali Rustam ini seorang yang bijak ia sepatutnya “menambat” mereka dirumah sahaja kerana propaganda TV3 jauh lebih hebat untuk brainwash para penonton.
Tindakan Ali Rustam untuk memperluaskan program-program “lawan ceramah” seperti ini sangat dialu-alukan ke kawasan-kawasan lain seperti yang disarankan oleh beliau.