Dalam kontroversi lawatan sambil belajar beberapa ahli PBT seperti MBMB dan MPHTJ seperti yang dilaporkan oleh
Malaysiakini, kini kadar iklan untuk premis perniagaan pula dinaikkan.
Kenaikan kadar baru itu akhirnya memberi beban kepada rakyat apabila kos-kos tersebut dipindahkan kepada pengguna dengan menaikkan harga barang.
Peniaga-peniaga di sekitar Bukit Baru ini merungut dengan kenaikan kadar baru untuk permit iklan.
Untuk papan iklan tidak berlampu kadar bayaran yang dikenakan adalah meningkat sebanyak 71% daripada kadar biasa. Sebelum ini peniaga hanya peniaga hanya perlu membayar sebanyak RM30 untuk lima meter persegi tetapi sekarang dinaikkan sehingga RM60 untuk saiz yang sama.
Manakala kenaikan untuk papan tanda berlampu kenaikan melebihi 60% dari kadar sebelum ini. Kadar lama untuk papan iklan lapan meter persegi adalah RM40 manakala kadar yang baru adalah sebanyak RM65.
Peniaga-peniaga disini enggan mendedahkan nama mereka kerana bimbang dikenakan tekanan oleh pihak-pihak tertentu.