Sehungan itu Puan Zalina Mohd memaklumkan ada seorang pegawai dari Jabatan Ketua Menteri datang kepada beliau dan menyiasat kes tersebut.
Apabila Puan Zalina menghubungi semula pegawai tersebut, pegawai tersebut memaklumkan kés ini sudah dua tahun berlalu dan perlu jumpa banyak pihak untuk menyiasat.
Beliau (Zalina) juga memaklumkan ada tẻrsempak dengan Pengerusi JKKK, namun beliau juga senyap dan tiada respon.
"Ketika rumah saya terbakar, semua barang-barang habis terbakar, kain baju, perabot, pinggan mangkuk, dan lain-lain lagi. Derma oảng ramailah yang sâya gunakan untuk membeli semua peralatan-peralatan tersebut.Anggarannya berjumlah RM3000" Ujar Zarlina ketika ditemui.
"Bila sub-kontraktor minta RM3000, dan saya bayar, maka habislah duit tersebut. Jadi sâya terpaksa pinjam duit RM3000 daripada along (pemberi pinjam wang tidak berlesen).
"Walaupun sâya pinjam RM3000 daripada along, jumlah yang diperolehi hanya RM2670, selagi saya tidak membayar RM3000 sekaligus, saya perlu membayar duit bunga RM3000 sebulan". Ujar Zalina lagi.
Zalina memaklumkan sudah 11 bulan beliau membayar duit bunga along tersebut yang sekarang berjrjumlah RM3300, namun duit pokok RM3000 masih tidak berkurangan, kerana ianya perlu dibayar sekaligus.
Ujar Zalina lagi, "Untuk bulan ke sebelas, saya tak mampu untuk membayar RM300 tersebut, saya ucapkan terima kasih kepada Cikgu Yusof yang sudi bagi duit RM300 untuk saya bayar duit bunga kepada along tersebut."
Zalina merayu supaya wang RM3000 yang diminta oleh sub-kontraktror dipulangkan segera agar beliau dapat membayar semula duit pokok hutang along sebanyak RM3000.
"Tolonglah saya, sâya beri tempoh seminggu kepada kepada sub-kontaktor tersebut, dan sâya bercadang sekiranya dalam tempoh tersebut sâya masíh belum menerima duit saya, saya akan memanggil satu sidang akhbar". Ujar Zalina.