Sebelum ini masjid yang sama telah dipanah petir dan pernah juga dimasuki oleh babi sehingga perlu disamak keseluruhan masjid.
Sekarang terdapat khabar-khabar angin yang tersebar mengatakan peruntukan RM3 juta tidak dululuskan kerana Masjid Negeri yang berdekatan tidak penuh? Tidak tahu sejauh mana kebenaran khabar-khabar angin tersebut, dan mungkin pihak MAIM boleh jelaskan.
Nampak gayanya penduduk Bukit Baru dan rakyat Melaka amnya perlu tukar kepada Pakatan Rakyat untuk melihat masjid-masjid penuh dengan jemaah
Kita yakin dan percaya jika Pakatan Rakyat mengambil alih Melaka, masjid dan surau akan meriah dan akan penuh dengan majlis-majlis ilmu.