Semasa saya ke kedai di kawasan Duyong untuk membeli top-up telefon bimbit, saya ada bertanyakan tentang lawatan Timbalan Perdana Menteri disitu pada minggu lepas.
Pekedai tersebut memberitahu bahawa pembaziran telah berlaku semata-mata untuk menyambut TPM.
Menurut pekedai itu, jalan yang masih elok ditar semula, sedangkan yang mendapat habuanya hanya seorang iaitu kontraktor dan yang menanggung kosnya adalah rakyat.
Beliau mencadangkan alangkah eloknya wang tersebut disalurka kepada badan-badan kebajikan untuk membantu golongan kurang upaya.
Beliau mempertikaikan apakah perlu jika jalan yang masih elok ditar semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kepada TPM. Padahal TPM hanya turun disitu lebih kurang satu jam.
Pekedai tersebut turut memaklumkan bendera BN dipasang disepanjang deretan-deratan kedai mereka adalah tanpa persetujuan mereka.
Katanya pekedai tidak campur hal itu, kami hanya berniaga dan mahukan pelanggan yang ramai tanpa mengira latarbelakang politik. Kalau ini mcam susahla kami. Ujarnya seolah-olah tidak berpuashati.
Sampai hari ini bendera BN masih bergantungan di kedai-kedai tersebut.