Hari ini muka depan 4 orang menteri yang dinasihatkan tidak bertanding pada PRU 13 kerana gagal ujian tapisan SPRM. Salah satunya adalah Ketua Menteri. Ketua menteri dari negeri mana agak-agak? Mari kita buat deduksi. Dalam Malaysia ni ada 4 orang Ketua Menteri, Sabah, Sarawak, Melaka dan Pulau Pinang. Ketua Menteri Sawarak tak mungkin sebab sudah diadakan Pilihan Raya Negeri baru-baru ini. Ketua Menteri Pulau Pinang tiada pula kedengaran isu rasuah yang membabitkan beliau. Sekarang ini hanya tinggal dua orang Ketua Menteri, Sabah dan Sarawak. Antara dua Ketua Menteri ini mana yang paling kontroversi. Ketua Menteri Sabah mempunyi kontroversi kerana dikaitkan dalam skandal derma RM40 juta seperti yang dilaporkan oleh Suara Keadilan. Manakala Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam ada rekod dilarang bertanding jawatan nombor 2 dalam UMNO pada pemilihan lalu. Beliau juga turut mengundang kontroversi apabila SPRM membuat siasatan terhadap kenduri perkahwinan anak beliau akhir September tahun lalu. (baca sini) Ok sekarang agak-agak Ketua Menteri manakah yang gagal ujian tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tersebut? Cuba teka?
Penyelia DUN Bukit Baru [N.17 Bukit Baru] dalam Parlimen Bukit Katil [P.137 Bukit Katil] dan bekerja sepenuh masa bersama Parti Islam Se-Malaysia (PAS)......
Sumbangan Dana Pilihan Raya DUN Bukit Baru boleh dilakukan seperti di bawah:
......
| Nama: Yusof Bin Wahab |
Bank: CIMB |
No.Akaun: 04-08-0002590-52-4