Esok Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin datang ke Melaka. Khabarnya beliau akan turun di Duyong, elok sangat la tu, sudah dekat dengan Bukit Baru.
Aturkan supaya beliau singgah di Taman Semabok Jaya melalui jalan Bukit Pulau. Disitu ada satu simpang masuk ke Taman Semabok Jaya. Kerana apa beliau perlu melalui jalan ini?
Lihatlah sendiri macam mana keadaan jalan untuk masuk ke Taman Semabok Jaya melalui Bukit Pulau ini.
Berlubang, bertanah merah, berselut, diturap dari bahan terpakai, jongkong batu ditengah-tengah jalan, juga terdapat mar-mar terpakai.
Dalam ini terdapat beberapa buah rumah penduduk kampung, taman perumahan, dan juga tadika.
Begitu advanture dan beraneka halangan sekali. Beginikah bandar teknologi hijau yang dimaksudkan oleh Ketua Menteri?