Satu laporan polis telah dibuat oleh Lim Seong Ho berhubung kenyataan kenyataan Shahrizat Abdul Jalil, Ketua wanita UMNO di Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini bahawa insiden 13 Mei akan berulang sekiranya UMNO kalah pada PRU ke 13 ini.
Beliau yang juga Ketua Penerangan PKR Melaka dalam laporan tersebut menyatakan bahawa beliau mewakili PKR Negeri Melaka meminta pihak polis supaya menyiasat kenyataan tersebut dan mengambil tindakan dibawah Akta Jenayah 506 dan Akta Hasutan 4(1).
Laporan polis tersebut dibuat di Balai Polis Melaka tengah pada 1/12/2012 (sabtu) lalu.