Amat berleluasa sekali iklan-iklan lucah dan seks di dalam tandas di stesen-stesen minyak di sekitar Melaka ini.
Iklan-iklan ini dibiarkan oleh pemilik-pemilik premis tanpa ada usaha untuk memadamkannya.
Begitu senang sekali kah untuk mendapatkan pelacur di Melaka ini?, bukan kata ditempat-tempat hiburan malah di dalam tandas.
Tinjauan yang dilakukan menunjukkan hampir semua tandas awam tertera tanpa ada usaha untuk memadamnya seolah-olah merestui iklan-iklan sebegitu. Begitu juga ditandas-tandas awam milik MBMB di Hang Tuah Mall.
Apa usaha Kerajaan Negeri Melaka yang dikatakan Melaka Maju Negeriku Sayang untuk membenteras perkara ini? Bukankah mereka banyak agensi penguatkuasa, Kenapa bendera-bendera PAS boleh dicabut walaupun tengah-tengah malam tetapi iklan sebegini dibiarkan?
Untuk mencari siapa yang menconteng memang susah, tetapi kerajaan negeri tiada usahakah untuk membuat penguatkusaan terhadap premis-premis yang membiarkan iklan-iklan khidmat seks dan lucah begitu sahaja tanpa ada usaha untuk memadamnya?
Jangan pelik kalau gejala sosial berleluasa jika perkara ini tidak dipandang serius oleh kerajaan negeri.