Ingatkah lagi blog ini pernah membuat liputan tentang sebuah tahfiz yang gagal di bina oleh Barisan Nasional?
(klik sini)
Sehingga hari ini projek tersebut masih gagal dibina. Malah apa yang lebih mengejutkan, papan tanda projek tersebut juga telah dicabut.
Apa sudah berlaku?
Kita semua sedia maklum jika sesuatu papan tanda dinaikkan bermakna projek tersebut hanya tunggu masa sahaja untuk projek tersebut dilaksanakan, oleh itu pihak bertanggungjawab wajib menjawab persoalan ini kepada orang ramai.
Di kawasan tersebut juga terdapat sebuah bukit yang dinamakan Bukit Kuau, bukit tersebut telah ditarah, seolah-olah terdapat sebuah jalan yang akan dibina. Tetapi ianya terbengkalai begitu sahaja.
Khabarnya sebelah kanan bukit tersebut kepunyaan Datuk A dan sebelah kiri kepunyaan Datuk B dan khabarnya sebuah jalan peribadi ingin dibina hingga ke atas sana?
Betulkah?