Sekolah Rendah Agama Jaim Parit Penghulu telah disebut dalam Laporan Audit 2011 antara projek yang gagal disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
Sepatutnya sekolah ini disiapkan oleh kontraktor pada bulan Oktober 2011, tetapi hingga bulan April 2012 prestasi pembinaan hanya mencapai 60%. (sumber: Laporan Audit 2011)
Maklumbalas dari JAIM bertarikh 3 Februari 2012 menjelaskan, kelewatan menyiapkan projek adalah berpunca daripada masalah kontraktor menguruskan projek dan juga masalah kewangan. Sehingga bulan September 2011, JKR telah mengeluarkan 3 surat amaran untuk mempertingkatkan prestasi agar projek dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.(sumber: Laporan Audit 2011)
Notis Untuk Tujuan Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor juga telah dikeluarkan pada bulan Oktober 2011.
JKR tidak menamatkan kontrak tersebut sebaliknya telah meluluskan lanjutan masa sehingga 14 Disember 2011, bagaimanapun projek masih gagal disiapkan. Mulai bulan Disember 2011 denda lewat telah dikenakan kepada kontraktor dengan kadar RM179.13 sehari.(sumber: Laporan Audit 2011)
Pelajar terpaksa meneruskan sesi pembelajaran di bangunan sedia ada dalam keadaan kurang selesa kerana bangunan ini tidak mampu menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah sebanyak 2% hingga 4% setiap tahun.(sumber: Laporan Audit 2011)
P/S: JAIM adalah agensi dibawah MAIM, manakala MAIM dipengerusikan oleh.....