Laporan Ketua Audit Negara melaporkan bangunan Yayasan Melaka setinggi 14 tingkat yang dibina pada tahun 2008 dengankos RM37.12 juta telah boleh diduduki sepenuhnya pada November 2010. Matlamat asal pembinaan bangunan Yayasan ini adalah untuk disewakan kepada jabatan dan agensi kerajaan serta swasta. Jumlah keluasan keseluruhan yang boleh disewakan adalah 14,231.86 meter persegi iaitu dari tingkat 1 hingga 12. Manakala tingkat 13 dan 14 telah dijadikan pejabat Yayasan. (sumber: Laporan Ketua Audit Negara, Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan, m/s 40)
Sehingga bulan Disember 2011, pihak Audit mendapati tingkat 1 hingga 12 masih kosong. Semakan Audit mendapati surat tawaran telah dikeluarkan oleh Yayasan kepada jabatan dan agensi Kerajaan Negeri, syarikat dan pihak swasta. Bagaimanapun tidak mendapat sambutan kerana kebanyakan jabatan telah memiliki bangunan sendiri selain penempatan jabatan di Menara Persekutuan dan Wisma Persekutuan. Bangunan Yayasan Melaka yang kosong (sumber: Laporan Ketua Audit Negara, Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan, m/s 40)
Kesan daripada kekosongan ini, Yayasan dianggarkan telah kehilangan hasil berjumlah RM5.15 juta bagi tahun 2011 seperti di Jadual 4.11 atau 13.8% pulangan yang boleh diperoleh daripada kos pembinaannya. (sumber: Laporan Ketua Audit Negara, Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan, m/s 41)
Sekarang mari kita lihat siapakah Pengerusi Yayasan Melaka, adakah ianya orang yang sama mempengerusikan Perbadanan Tanah Adat Melaka (PERTAM) dan juga Pengerusi MAIM?
Jeng...jeng...jeng..
Bayi Dibaham Anjing Setelah 3 jam Lahir
4 years ago
assalamua'laikum......soaln cepumas...andaikata pembangkang menag....nak wat apa ngan bangunan ni.....
memeng nampak membazir bila penggunaan tak optima.......