Gambar bendera Barisan Nasional ini diambil di simpang empat Pekan Masjid Tanah, pada petang semalam yang jelas menunjukkan kegusaran Barisan Nasional menghadapi kuasa rakyat untuk menumbangkan mereka pada PRU ke 13 akan datang.
Tindakan ini seolah-olah publisiti murahan bagi menagih simpati rakyat untuk mengundi mereka pada pilihanraya akan datang.
Kewujudan bendera ini sangat kelihatan menjelikkan apabila ianya boleh menganggu pengguna jalanraya untuk melihat lampu isyarat yang boleh terlindung oleh bendera BN.
Yang menjadi persoalan, apakah petugas-petugas pihak berkuasa tempatan Masjid Tanah terhijab pandangan mereka daripada melihat bendera ini? Atau apakah mereka merasakan bahawa UMNO/BN itu sebagai tuan yang membayar gaji mereka dan bukannya pembayar cukai?
Atau orang-orang atasan PBT Masjid Tanah tidak melalui simpang empat ini bagi memantau keadaan?
Cuba bayangkan kalau bendera PAS, PKR dan DAP digantung sebegitu rupa, pastinya sebelum dipasang ianya telah diturunkan.