Dengan adanya 'Fun Fair' ini ia akan mengganggu sistem pembelajaran anak-anak di sekolah berdekatan. Ini kerana di sekitar kawasan tersebut mempunyai dua buah sekolah dan yang paling menjejaskan pembelajaran adalah di Sekolah Rendah Kebangsaan Batu Berendam yang mempunyai pembelajaran kelas agama di sebelah malamnya.
Bukan itu sahaja, ia turut mengganggu kawasan kediaman yang berdekatan dengan bunyi bising jika ia diteruskan. Kawasan kediaman yang berdekatan dengan tapak 'Fun Fair' itu adalah Taman Jati. Selain itu, lalu lintas mungkin akan mengalami kesesakan teruk jika pengunjung yang datang pada hari minggu dan sebelah malam dan tempat yang tidak strategik.
Ikuti penjelasan daripada ADUN Ayer Keroh mengenai 'Fun Fair' yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan juga mengapa ia patut dibatalkan?