Walaupun fakta tentang kewujudan Hang Tuah hebat diperdebatkan, lain pula apa yang berlaku di Perkampungan Hang Tuah berdekatan dengan Duyong, Melaka.
Laluan masuk ke perkampungan ini dahulunya dibina tiang-tiang lampu tidak berpagar hanya semata-mata ingin meletakkan lampu diatasnya, dan dikatakan bagi tujuan perlancongan.
Tiang-tiang tersebut berada berdekatan dengan masjid dan kubur sebelah kiri dan kanan jalan.
Namun sekarang tidak diketaui kenapa tiang-tiang tersebut telah tumbang. Apakah kerajaan Negeri Melaka melalui agensinya ingin membina tiang-tiang baru yang lain bentuknya yang semestinya menggunakan wang pembayar cukai iaitu wang rakyat Malaysia?
Kita tidak tahu kenapa tiang-tiang tersebut tumbang, kerana tiang disebelahnya pula teguh berdiri. Mungkinkah mereka ingin membina tiang-tiang baru?
Katakanlah tiang baru mungkin akan dibina, fungsinya tetap sama iaitu hanya untuk diletakkan lampu diatasnya. Yang menjadi persoalan kenapakah wang tersebut dibazirkan, kenapa tidak hanya ditukarkan globe lampu tersebut dan mengecat semula tiang-tiangnya supaya nampak lebih menarik.
Inilah gamaknya cara sesebuah negeri maju membelanjakan wang rakyat, setelah ianya dibina kenapa sekarang diruntuhkan. Kalau mereka tidak meruntuhkan, kenapa ianya tumbang? Kerajaan negeri harus memberi penjelasan kepada rakyat khususnya kenapa ianya tumbang? atau ditumbangkan?
Kalaulah Hang Jebat ada semestinya ia tidak membenarkan perkara sebegini berlaku....