Pada 1 Februari lalu, Malaysiakini melaporkan tentang ketidakpuasan hati Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) dengan cara penyelesaian yang dibuat oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka terhadap peniaga-peniaga yang diarahkan berpindah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf di Taman Mini Asean.
Peniaga-peniaga tersebut ditawarkan gerai sementara berhampiran muzium lebah.
Selain lokasi yang tidak strategik dan jarang dikunjungi, saiz gerai yang agak kecil menyebabkan mereka tidak berpuashati.
Tinjauan ke gerai sementara itu agak mengejutkan kerana beginilah rupa gerai sementara tersebut.
Keadaan gerai ini sangat meragukan jika dilihat pada rekabentuk dan susun aturnya, tak ubah seperti sebuah....
Menurut laporan Malaysiakini, Presiden IKHLAS juga memohon supaya pihak berkenaan disiasat oleh SPRM.
Namun tidak jelas apakah perkara yang mereka ingin supaya SPRM siasat. Apakah ianya berkaitan cara penyelesaian pihak berkenaan ataupun bangunan sementara ini?