Penyelia DUN Bukit Baru, Yusof Wahab berdiri dilongkang sambil menunjukkan keadaan longkang yang tersumbat dan tiada aliran air keluar. Air dalam longkang tersebut sudah melimpah keluar. adakah longkang yang dibina ini tidak mempunyai saliran yang betul sehinggakan tidak mengalir?
Lokasi longkang tersebut terletak di Taman Seri Duyong dan berdekatan dengan sebuah pasaraya Famili Store. Keadaan longkang yang tersumbat dan tidak mempunyai laluan air yang baik boleh menyebabkan limpahan air dari longkang melimpah keluar dan keadaan ini boleh mengundang ketidakselesaan terutama kepada penduduk disekitar taman berkenaan.
Selain itu, laluan iar longkang ini tersekat oleh jalan raya seperti dalam gambar di atas. Laluan air tersebut tidak menghubungkan dari sebelah sini ke longkang sebelah sana dan hanya tersekat dihujung itu sahaja dan bagaimana sistem perparitan ini boleh berlaku tanpa ada tindakan daripada pihak yang berwajib dalam menguruskan perkara ini.
Keadaan ini juga boleh mengundang pembiakan aedes sekiranya masalah longkang ini tidak diuruskan dengan segera memandangkan sekarang musim hujan dan air bertakung dan menjadi sarang pembiakan aedes. Tambahan pula air longkang itu bertakung dan tidak mengalir di tempat yang sepatutnya.