Sambutan Tahun Baru Cina 2012 anjuran Pas melalui Majlis Tindakan Dun Bukit Baru disambut dengan begitu meriah kira-kira 1000 penduduk tempatan.
Majlis yang berlangung di Taman Harta Pertama turut dihadiri Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas Pusat, Suadara Hu Pang Chow.
Majlis yang berlangsung pada Sabtu lalu turut dihadiri oleh pimpinan Pakatan Rakyat dari Parti Keadilan Rakyat dan DAP Negeri Melaka. Turut hadir ialah Ketua Wanita PKR Negeri, Puan Mahani Masban; Adun Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong, Adun Kesidang yang merupakan Ketua Pembangkang Dun Melaka, YB Goh Leong San; Timbalan Ketua PKR Negeri
Sdr. Freddie Lim Seong Ho dan juga tetamu undangan khas Cikgu Nomala Sudirman bekas Calon Pas di Plilihan Raya Kecil Dun Tenang.
Cikgu Normala atau popular dengan nama Cikgu Mala yakin dengan perubahan minda rakyat Malaysia terutamanya masyarakat cina untuk membuat perubahan yang besar pada pilihan raya umum yang akan datang.
Rata-rata masyarakat cina yakin dengan gandingan mantap pemimpin dalam Pakatan Rakyat mampu mewujudkan kerajaan yang lebih adil mengantikan kerajaan UMNO/Barisan Nasional.