Ia mungkin ekoran daripada tindakan Majlis Perbandaran Alor Setar (MBAS) yang mula melaksanakan garis panduan supaya model iklan yang dipaparkan dalam kawasan mereka hanya memaparkan model yang berpakaian sopan.
Laporan polis telah dibuat oleh Penyelaras SAMM Melaka, Zuraidi Abdullah di Balai Polis Melaka Tengah pada jam 2.30 petang tadi.
Menurut Zuraidi, Tan Keng Liang bukan sahaja menghina kepercayaan agama lain malah telah mengelirukan perkara sebenar tentang Islam. Soal menutup aurat bukan arahan parti PAS tetapi ianya adalah tuntutan Islam. Tan Keng Liang secara sedar dan sengaja mempersenda tuntutan agama islam dalam perihal menutup aurat.
"SAMM dengan ini membuat laporan polis berkenaan perkara melampau ini. Kertas siasatan perlu dibuka, Tan Keng Liang perlu ditahan, telefonnya perlu dirampas sebagai bahan bukti tambahan dan dia perlu dihukum sewajarnya. Kita juga ingin melihat PDRM bertindak tegas seperti mana jika ada laporan polis terhadap yang lain." ujar beliau lagi.
Turut hadir ke Balai Polis mengiringi SAMM Melaka ialah Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka, Yuhaizad Abdullah dan Timbalan Ketua Penerangan PKR Melaka, Freddie Lim Seong Ho, Ketua Cabang PKR Kota Melaka, Haji Sapian serta penyokong-penyokong dari Pakatan Rakyat.