Satu sidang media telah diadakan oleh Pakatan Rakyat Negeri Melaka bagi mengutuk kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA, Heng Seai Kie yang didakwa mengeluarkan kenyataan kononnya Nik Aziz membenarkan wanita bukan Islam dirogol.
Yusof Wahab, Ketua Penerangan PAS Bukit Katil menyifatkan ianya merupakan salah tafsir dan tuduhan yang berniat jahat.
"Jika benar Nik Aziz benarkan wanita bukan Islam dirogol, tidak kedengaran penyokong-penyokong PAS menuruti arahan tersebut, tidak pernah kita dengar wanita bukan Islam dirogol oleh ahli atau penyokong PAS" ujar beliau lagi.
Sementara itu Dr. Wong Fort Pim, Pengerusi DAP Cawangan Bukit Palah pula berasa kesal kerana ada orang di Malaysia yaang menggunakan sentimen agama untuk mendapatkan undi. "
Mereka sepatutnya fokus bagaimana untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, memikirkan bagaimana caranya untuk menjadikan rakyat hidup dengan lebih senang" ujar beliau lagi.
Freddie Lim yang juga merupakan Timbalan Penerangan PKR Melaka menyifatkan kenyataan Heng itu berbentuk hasutan dan seolah-olah bermain dengan api.