Bung Moktar mencadangkan kerajaan menangguhkan AES oleh kerana Pakatan Rakyat (PR) akan mengeksploitasi isu ini untuk menjatuhkan kerajaan BN. “Pelaksanaan AES pada masa ini tidak sesuai kerana sudah hampir dengan pilihan raya.
“Oleh itu, saya syorkan AES ditangguhkan,” katanya dipetik dari Sinar Harian Online.
Bagaimanapun tambah Bung Moktar, AES masih diperlukan untuk mendisiplinkan para pemandu dan demi kepentingan semua pengguna.
“AES bagus digunakan untuk langkah mendisiplinkan pemandu yang menggunakan jalan raya,” kata Bung Mokhtar, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan.
Kesemua empat negeri yang diperintah oleh PR telah membuat keputusan untuk menangguh untuk meluluskan AES yang mengesan pesalah trafik yang melanggar had laju dan lampu isyarat, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng baru-baru ini.
Beliau yang juga merupakan ahli parlimen Bagan berkata, ini bermakna lebih 40 peratus kamera tidak akan dipasang, mewakili 331 dari 831 kamera AES seluruh negara.
“Ini kerana Pakatan mahu menjaga kepentingan rakyat,” katanya
Sumber: The Malaysia Insider
P/S: Ini bermakna jika BN memenangi pilihanraya akan datang, kerajaan BN akan melaksanakan balik AES ini, jadi rakyat perlu tumbangkan BN pada pilihanraya akan datang untuk memastikan AES tidak akan dilaksanakan terus.