Bendera PAS yang dipasang bagi menyambut tetamu ke majlis perkahwinan anak lelaki Ketua Menteri Melaka (
lihat sini) telah dicabut oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) sehari sebelum majlis tersebut berlangsung setelah melihat BN melakukan perkara yang sama.
Alasan yang diberikan oleh penguatkuasa yang mencabut bendera itu adalah bendera yang dinaikkan tidak mempunyai permit serta arahan orang atasan. (Sabtu, 29 Sept.2012).
Hari ini, AJK Majlis Tindakan Dun Bukit Baru pergi ke MPHTJ untuk mendapatkan bendera tersebut kembali dan juga penjelasan daripada pihak MPHTJ dan juga ingin memohon permit untuk memasang bendera.
Apabila kami bertanyakan kepada bahagian perlesenan, apakah borang yang perlu kami isi untuk menaikkan bendera PAS, mereka menjawab tiada permit yang dikeluarkan untuk pemasangan bendera.
Kami memohon penjelasan lagi, jika tiada borang untuk memohon permit, kenapa bendera PAS diturunkan dan bendera BN tidak diturunkan.
Alasan yang diberikan ialah BN membuat surat permohonan sendiri untuk memasang bendera. Pulak dah!