Jangan terkejut degan tajuk diatas. Yang hilang hanyalah papan tandanya. Sebelum ini bukan main giat lagi papan tanda ini dipasang di dalam Dun Bukit baru ini. Ianya terdapat di Bukit Beruang, Bukit Katil, Taman Desa Baru dan Kg Tun Razak.
Yang anehnya papan tanda ini hanya terdapat didalam dun Bukit Baru. Tak perlulah pula pihak terbabit menambah papan tanda seperti ini ditempat lain, kerana hanya membazirkan wang rakyat, apatah lagi jika kosnya berlipat kali ganda daripada harga asal.
Cumanya yang pelik kenapa papan tanda di Taman Desa Baru ini telah hilang atau dibuang setelah ianya didedahkan di sini pada 27 Jun yang lepas.
Memasangnya adalah satu pembaziran, apatah lagi membuangnya, dua kali pembaziran.
Hanya sempadan dun Bukit Baru yang diwakili oleh Ketua Menterikah kah yang masih samar-samar lagi sehingga memerlukan papan tanda seperti ini. Sekali lagi, tidak perlulah ditambahkan papan-papan tanda seperti ini lagi di dun-dun yang lain.
Projek seperti ini hanyalah "kosmetik" yang tidak memberi apa-apa faedah langsung kepada penduduk-penduduk miskin dan memerlukan pembelaan.
Penyelia DUN Bukit Baru [N.17 Bukit Baru] dalam Parlimen Bukit Katil [P.137 Bukit Katil] dan bekerja sepenuh masa bersama Parti Islam Se-Malaysia (PAS)......
Sumbangan Dana Pilihan Raya DUN Bukit Baru boleh dilakukan seperti di bawah:
......
| Nama: Yusof Bin Wahab |
Bank: CIMB |
No.Akaun: 04-08-0002590-52-4