Mungkin itulah yang berlaku selaras dengan slogan BN "Janji Ditepati" apabila seorang penduduk di dalam DUN beliau dimana jalan melalui rumah penduduk tersebut tidak diturap dengan tar walaupun hampir seluruh jalan di Kampung Bukit Beruang telah diturap.
Tindakan itu mungkin berpunca daripada tuan rumah bukanlah seorang penyokong tegar UMNO. Sebaliknya tuan rumah, Tuan Haji Ali Meran merupakan ahli PAS di kawasan tersebut.
Jalan melalui rumahnya masih bertanah merah walaupun jalan sebelum dan selepas kawasan rumah beliau ditar dengan begitu tebal. Cuma jalan yang melalui rumahnya tidak ditarkan.
Padahal laluan tersebut dilalui oleh penduduk di kawasan tersebut untuk keluar dan masuk ke kampung tersebut.
Aneh sekali, tetapi itulah yang realiti yang berlaku di Dun Bukit Katil ini.
Tidak pernah pula didengar selama ini cukai hanya dipungut dikalangan orang-orang UMNO/BN sahaja.
Jadi kenapa perlu wujud diskriminasi sedemikian. Inilah yang dikatakan "Janji ditepati, kata dikota".