Adun Ayer Keroh (DAP), YB Khoo Paoy Tiong ada membuat pendedahan tentang restoran terapung yang terdapat di Tasek Ayer Keroh pada
Oktober 2011 yang lalu. Khabarnya kos pembinaannya berharga RM1.2 juta yang ketika itu dibawah seliaan Zoo Melaka
Hari ini tinjauan yang dilakukan mendapati restoren tersebut masih tidak beroperasi. Menurut orang ramai yang selalu berkunjung ke Tasik Ayer Keroh tersebut, laluan ke restoran tersebut kini hanya tinggal semak samun dan pengunjung perlu berjalan kaki dengan agak jauh jika hendak kesana.
Terdapat dua laluan kesana, samaada dari dalam zoo atau melalui jalan yang bersemak samun tadi.
Melaka memang terkenal dengan pembaziran, di depan penyokong UMNO pemimpin mereka menunjukkan mereka begitu ramah, buat apa ramah kalau membazir. Pemimpin bukan hanya perlu ramah, malah perlu bijak menguruskan kewangan dan memajukan negeri, bukannya menambahkan hutang dan membazir kemudian buat-buat ramah.
Betullah kata Usman Awang "Melayu itu berani kerana salah".
.