Beginilah rupa keadaan gelanggang futsal yang tidak dijaga dan diselia dengan baik sehinggakan keadaan pagar telah koyak. Tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab ini mencacatkan lagi pemandangan keadaan gelanggang yang sepatutnya menjadi aktiviti remaja mengisi masa lapang tetapi bertukar aktiviti vandalisma. Begitu murah dan tidak ada nilai bagi sebuah gelanggang yang di bina dengan kos RM150,000 ini.
Pada tahun 2009, Kementerian Belia dan Sukan telah memperuntukkan sebanyak RM8.4juta kepada Melaka bagi pembinaan gelanggang futsal ini yang merangkumi 28 Dewan Undangan Negeri (DUN). Setiap DUN diperuntukkan dua gelanggang futsal yang mana kos bagi setiap pembinaannya adalah RM150,000 bagi setiap satu. Jumlah keseluruhan gelanggang adalah 56 gelanggang futsal dibawah peruntukkan Kementerian Belia dan Sukan.
Setelah siap pembinaan gelanggang futsal, ia sepenuhnya di bawah seliaan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK). JKKK telah diberikan peruntukkan oleh kementerian untuk mengurus dan membaiki segala kerosakan sebarang gelanggang futsal kerana segala peruntukkan telah disalur kepada JKKK setiap DUN yang terlibat.
Sebagai contoh, lokasi gelanggang futsal yang terletak dalam kawasan Kota Laksamana seperti gambar di atas ialah di Taman Aunler, Kg. Lapan dan satu lagi gelanggang terletak di Taman Kota Laksamana. Tinjauan mendapati kerosakan gelanggang seperti dibiarkan tanpa dipedulikan oleh JKKK yang telah dipertanggungjawabkan mengurus gelanggang tersebut.
Keadaan gelanggang ini sudah semestinya tidak akan menarik orang muda untuk menggunakan kemudahan ini. Kerosakan harta benda juga didapati telah berlaku di kawasan gelanggang ini seperti tandas rosak, sinki dan suis pecah serta tiada bekalan air dan elektrik seperti pada gambar di bawah.
Tandas rosak
Suis tercabut
Sinki pecah
Sampah dalam gelanggang
Pagar tercabut